Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tidak terhad kepada kaedah pembelajaran dalam talian sahaja, tetapi juga boleh dilaksanakan secara luar talian atau melalui kaedah yang sesuai. FLIP.MY kongsikan kompilasi lengkap Modul PdPR ini untuk kegunaan guru-guru dan juga murid-murid.
Bahan ini tidak terhad digunakan semasa pembelajaran di rumah sahaja, namun boleh dimanfaatkan dalam sesi pembelajaran bersemuka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menasihatkan guru-guru untuk melaksanakan PdPR, dengan mengambil kira pelbagai latar belakang sosio-ekonomi murid dan cabaran yang dihadapi oleh guru.
KPM kerap menekankan bahawa kaedah pengajaran di rumah yang diguna pakai mesti mengambil kira kesesuaian guru dan murid. Murid boleh melaksanakan sesi pembelajaran dengan melengkapkan modul yang diberikan, kemudian menghantarnya kembali kepada guru untuk disemak.
Guru boleh menyerahkan bahan yang seterusnya ketika murid menghantar modul sebelumnya. Penyerahan ini boleh dilakukan melalui pelbagai pendekatan. Namun pihak sekolah perlulah mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dari masa ke masa.
Koleksi Lengkap Modul PdPR
Koleksi yang dikongsikan di sini merupakan bahan kompilasi guru-guru, Pejabat Pendidikan Daerah Ulu Kinta, Kota Marudu, Papar, Lahad Datu dan lain-lain lagi. Sekiranya ingin menggunakan bahan ini, bolehlah membuat carian menerusi pautan yang disediakan di bawah:-
No. | Bahan Pembelajaran KSSR | Muat Turun |
---|---|---|
1 | Bahan KSSR Tahun 1 | Muat Turun |
2 | Bahan KSSR Tahun 2 | Muat Turun |
3 | Bahan KSSR Tahun 3 | Muat Turun |
4 | Bahan KSSR Tahun 4 | Muat Turun |
5 | Bahan KSSR Tahun 5 | Muat Turun |
6 | Bahan KSSR Tahun 6 | Muat Turun |
7 | Bahan Prasekolah | Muat Turun |
8 | Bahan Program Pemulihan Khas | Muat Turun |
No. | Bahan Pembelajaran KSSM | Muat Turun |
---|---|---|
1 | Bahan KSSR Tingkatan 1 | Muat Turun |
2 | Bahan KSSR Tingkatan 2 | Muat Turun |
3 | Bahan KSSR Tingkatan 3 | Muat Turun |
4 | Bahan KSSR Tingkatan 4 | Muat Turun |
5 | Bahan KSSR Tingkatan 5 | Muat Turun |
Panduan Penggunaan Modul PDPR
Pembinaan modul perlulah dirancang dengan rapi agar kandungannya menepati piawaian atau kehendak DSKP. Bahan yang berkualiti dan berstruktur pastinya dapat membantu murid secara maksimum.
Berikut merupakan isi kandung yang sepatutnya ada dalam sesebuah modul yang dibangunkan:
- Pihak yang disasarkan (murid prasekolah, rendah, menengah);
- Tajuk atau tema isi pembelajaran;
- Objektif pembelajaran berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP);
- Tempoh pelaksanaan yang spesifik (tarikh atau minggu);
- Nota-nota yang berkaitan tajuk yang diajar;
- Aktiviti yang besesuaian dengan tajuk pembelajaran atau aktiviti yang memberi galakan kepada murid belajar berdasarkan pengalaman sendiri
- Pentaksiran yang mampu mengukur tahap penguasaan murid.
- Dibekalkan kepada murid mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dirangka.
- Murid perlu menyerahkan semula hasil tugasan yang dilengkapkan untuk disemak sebelum mendapatkan Modul PdPR yang seterusnya.
Buku Teks Sekolah Rendah
No. | Aliran | Muat Turun (SK) |
---|---|---|
1 | Tahun 1 | Muat Turun |
2 | Tahun 2 | Muat Turun |
3 | Tahun 3 | Muat Turun |
4 | Tahun 4 | Muat Turun |
5 | Tahun 5 | Muat Turun |
6 | Tahun 6 | Muat Turun |
Buku Teks Sekolah Menengah
No. | Aliran | Muat Turun (SMK) |
---|---|---|
1 | Tingkatan 1 | akan dikemaskini |
2 | Tingkatan 2 | akan dikemaskini |
3 | Tingkatan 3 | akan dikemaskini |
4 | Tingkatan 4 | akan dikemaskini |
5 | Tingkatan 5 | akan dikemaskini |
6 | Peralihan | akan dikemaskini |
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].