Kali ini FLIP.MY membawakan bahan yang paling digemari oleh kanak-kanak. Guru-guru dan juga ibu bapa boleh memanfaatkan gambar mewarna kanak-kanak ini untuk aktiviti pembangunan kreativiti dan psikomotior anak-anak. Pencayalah, aktiviti ini kiranya selalu dilatih, akan memberikan ketenangan dan juga aura harmoni untuk mereka berimaginasi.
Aktiviti atau pertandingan mewarna dapat membantu melatih psikomotor murid-murid. Oleh sebab itu, sesi pembelajaran pratulis di peringkat prasekolah atau tahun 1 banyak menggunakan aktiviti ini. Mewarna dapat memberikan latihan tidak langsung sehingga kanak-kanak supaya dapat memegang pensel berwarna atau berus berwarna dengan betul.
Manfaatkan Gambar Mewarna Bersama Kanak-Kanak
Aktiviti mewarna dapat menjadikan anak-anak atau murid-murid kita lebih fokus. Mereka akan memikirkan warna apa yang akan digunakan, padanan warna yang bersesuaian, dan apakah mereka cantik atau tidak? Ini akan mendorong kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kreatif. Dengan menjalankan aktiviti ini secara berterusan, tahap perhatian kanak-kanak akan bertambah baik sedikit demi sedikit.
Pada peringkat awal, agak sukar bagi mereka untuk mewarnai ruangan dengan kemas dan mengikut garisan. Sudah tentu ada sahaja warna yang terkeluar dari ruangan yang sepatutnya. Tidak mengapa. Apabila kanak-kanak berjaya mewarnai bahagian dalam gambar, hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan koordinasi tangan dan mata.
Aktiviti ini juga dapat membantu kanak-kanak mengenali jenis warna. Penggunaan pelbagai warna juga dapat memberi peluang kepada anak-anak untuk mempelajari kombinasi dan perubahan warna. Contohnya, mencampurkan biru dan kuning akan bertukar menjadi hijau.
Melalui aktiviti dan latihan mewarna, anak-anak akan terlatih untuk menggunakan pengetahuan warna untuk menjadikan gambar yang diwarnai mereka benar-benar menarik dan lebih “hidup”. Dalam aktiviti ini, kemahiran dan emosi kanak-kanak dilatih secara serentak. Gabungan warna yang menawan menjadikan kanak-kanak lebih ceria dan meningkatkan keyakinan diri.
Dapatkan Gambar Mewarna Pelbagai Tema
Kebiasaannya pertandingan mewarna akan diadakan untuk kanak-kanak tadika dan sekolah rendah. Aktiviti ini akan diselitkan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran atau program-program yang berlangsung di sekolah.
Pertandingan yang diadakan pula kebiasaannya untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan pembangunan modal insan, dan memupuk semangat atau nilai melalui acara yang dipertandingkan. Jom muat turun bahan-bahan in
No. | Gambar Mewarna Mengikut Tema | Muat Turun |
---|---|---|
1 | Sains Untuk Kesihatan 1 | Muat Turun |
2 | Sains Untuk Kesihatan 2 | Muat Turun |
3 | Sains Untuk Kesihatan 3 | Muat Turun |
4 | Gambar Mewarna Buahan Tempatan | Muat Turun |
5 | Gambar Mewarna Sempena Ramadhan Kareem | Muat Turun |
6 | Gambar Mewarna Hari Raya Aidilfitri | Muat Turun |
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].