Pekeliling Pemakaian Tanda Nama Penjawat Awam Terkini

Tanda nama penjawat awam wajib disematkan pada pakaian semasa bertugas. Penggunaan tanda nama oleh penjawat awam dianggap sebagai amalan yang paling mudah untuk dikenali. Oleh kerana kepelbagaian warna dan cara penggunaan, kerajaan telah mengambil langkah untuk mengawal penggunaannya supaya seragam.

Masih keliru untuk sematkan di sebelah kanan atau kiri? Pastikan anda memakai tanda nama di sebelah kiri dada. Perlu diingatkan bahawa pemakaiannya tidak boleh dipakai di tengah-tengah badan. Lanjutkan bacaan dengan maklumat seterusnya.

Tatacara Pemakaian Tanda Nama Penjawat Awam

Berikut merupakan panduan yang telah digariskan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (Etiket Pemakaian dan Penampilan Penjawat Awam)

1. Bahan dan Warna

  • Semua tanda nama hendaklah dibuat daripada plastik.
  • Warna tanda nama mestilah putih dengan latar belakang hitam.
  • Setiap tanda nama wajib disertakan dengan Jata Persekutuan.

2. Saiz Tanda Nama

  • Ukuran tanda nama adalah 7.5 cm x 2.5 cm.
  • Saiz huruf tidak mempunyai had tertentu, tetapi jika nama terlalu panjang, ia boleh dipendekkan atau dikecilkan supaya sesuai dalam ukuran yang ditetapkan.
Tanda Nama Penjawat Awam

3. Penggunaan Nama

  • Nama yang digunakan dalam tanda nama hendaklah konsisten sepanjang tempoh perkhidmatan.
  • Sebagai contoh, jika pegawai bernama Raja Nur Amani Aminah memilih untuk menggunakan nama “Aminah” di tanda nama, maka nama tersebut perlu digunakan secara kekal sepanjang perkhidmatannya.
  • Sebarang gelaran darjah kebesaran, profesion, nama bapa, dan inisial tidak dibenarkan untuk dituliskan.
  • Nama jawatan dan logo jabatan juga tidak boleh dimasukkan dalam tanda nama.

4. Kedudukan Pemakaian Tanda Nama

  • Tanda nama hendaklah disematkan di pakaian di bahagian dada sebelah kiri.
  • Pengecualian diberikan kepada pasukan beruniform tertentu yang mungkin mempunyai peraturan tersendiri.
  • Tanda nama tidak boleh digabungkan dengan pas keselamatan; kedua-duanya hendaklah diasingkan.

Kesimpulan

Pemakaian tanda nama yang seragam bukan sahaja mencerminkan profesionalisme penjawat awam tetapi juga memudahkan komunikasi dalam urusan rasmi. Dengan mematuhi garis panduan ini, semua penjawat awam dapat mengekalkan imej yang kemas dan tersusun sesuai dengan tanggungjawab mereka sebagai pelayan masyarakat.

Untuk pengumuman atau panduan lain mengenai hal ehwal penjawat awam, profesion perguruan dan dunia pendidikan, sila rujuk pautan berikut:

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Sumber gambar: https://www.kpkt.gov.my/

Leave a Comment

error: Content is protected !!