Calon dan juga ibu bapa boleh membuat Semakan MRSM 2023 untuk kemasukan ke tingkatan 1 dan juga tingkatan 4. Calon-salon boleh membuat semakan tawaran secara online menggunakan nombor kad pengenalan. Keputusan yang dikeluarkan adalah muktamad.
“MARA tahun ini (2023), menerima 90,018 permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023, manakala kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 adalah seramai 7,169 murid, manakala Tingkatan 4 pula sebanyak 2,109 pelajar,” katanya.
Keseluruhan : 9,278 tempat di 55 buah Mrsm bagi intake 2023.
Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima/tolak tawaran kemasukan mrsm dalam tempoh tujuh (7) hari. Sekiranya tidak membuat pengesahan terima/tolak tawaran dalam tempoh tujuh (7) hari, secara automatik dianggap menolak tawaran kemasukan MRSM.
Semakan MRSM 2023 : Keputusan Tawaran
Tarikh buka semakan adalah bermula jam 8.00 malam, 7 Mac 2023. Sila klik pautan di bawah untuk menyemak keputusan tawaran bagi sesi 2023 / 2024 untuk kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4:
- Layari portal rasmi Mara di www.mara.gov.my atau terus ke pautan UKKM MARA di bawah
- Semakan tawaran MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
- Tuan/ puan boleh juga masuk melalui pautan di bawah secara langsung:
- Semakan kemasukan tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf1/frmLoginSemakanF1.aspx
- Semakan kemasukan tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf4/frmLoginSemakanF4.aspx
- Semak menggunakan nombor kad pengenalan calon.
- Keputusan akan dipaparkan.
Senarai Tawaran Program di MRSM
Terdapat pelbagai program yang ditawarkan di Maktab Rendah Sains MARA ini. Kesemua enam program ini adalah berpaksikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Setiap satu kampus akan memberikan tawaran program yang berbeza.
Berikut merupakan program yang ditawarkan:
- Program Premier menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan kurikulum MARA yang merangkumi modal pembangunan sahsiah, modul keusahawanan clan modul kemahiran insaniah.
- Program Bitara menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM untuk pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar.
- Program Ulul Albab ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program a liran agama termasuk Tahfiz Al-Cluran.
- Program IGCSE ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education).
- Program IB MYP melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kerangka Middle Years Programme dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.
- Program Teknikal melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan pada peringkat menengah rendah dan Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik pada peringkat menengah atas.
Baca Juga: Senarai MRSM di Seluruh Malaysia mengikut Tawaran Program
Jika terdapat sebarang kekeliruan atau memerlukan maklumat lanjut setelah membuat Semakan MRSM 2023, boleh langsung ke pautan berikut:-
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].