Login HRMIS 2.0 untuk Semakan Markah Prestasi PBPPP 2021 secara online mulai hari ini. Markah atau laporan penilaian prestasi tahunan ini merupakan antara motivasi yang dapat melonjakkan kecemerlangan seseorang pegawai yang dinilai.
Kepentingan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT)
- Mempertingkatkan pencapaian serta motivasi setiap pegawai yang dinilai.
- Mengenalpasti potensi dan kemajuan pegawai.
- Perkembangan kerjaya seperti kenaikan pangkat, latihan, penempatan dan pembangunan pegawai.
- Pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang (APC), bintang kebesaran atau surat penghargaan.
- Penentuan kenaikan pangkat atau pergerakan gaji.
Penilaian Markah Prestasi PBPPP 2021
Pastinya penilaian ini didasari kriteria atau item yang telah ditentukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Beberapa kriteria yang diukur ialah:-
- Penghasilan dan mutu kerja setiap pegawai
- Pengetahuan dan kemahiran yang ada
- Kualiti Peribadi yang unggul
- Jalinan hubungan dan kerjasama
- Kegiatan dan sumbangan terhadap institusi, peringkat negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa.
Cara Semak Markah Prestasi PBPPP 2021
Guru-guru atau pegawai boleh klik pada butang CETAK untuk simpan paparan ini dalam bentuk PDF. SLIP KEPUTUSAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) ini boleh disimpan dalam fail untuk rujukan akan datang.
Peringatan Mengenai Markah Prestasi
- Pegawai Penilai Pertama (PPP) hendaklah memberitahu tahap pencapaian PYD, khususnya, mengenai kekuatan dan kelemahannya serta menasihati PYD bagaimana meningkatkan prestasinya.
- Pegawai Penilai Kedua (PPK) tidak boleh sama sekali meminda markah yang diberi oleh PPP.
- Tiada siapapun boleh mengarah PPP atau PPK untuk menetapkan pemberian markah ke atas PYD.
- Hanya Panel Penyelarasan Penilaian Prestasi dan Pergerakan Gaji (PPG) yang dibenarkan membuat pengubahsuaian markah PYD.
- Borang LNPT yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada Urusetia mengikut tempoh yang dikehendaki.
Diharapkan agar semua pegawai penilai membuat penilaian yang objektif, adil, telus dan bertanggungjawab. Ingatlah bahawa penilaian ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan pencapaian pegawai dan juga organisasi anda.
Sekiranya menghadapi masalah dalam membuat penilaian produktiviti, perlulah merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1996, bertajuk “Pengubahsuaian Sistem Baru Penilaian Prestasi Perkhidmatan Awam Malaysia”.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].