DSKP Bahasa Melayu Tahun 6 KSSR Semakan 2017

Kali ini dikongsikan DSKP Bahasa Melayu Tahun 6 KSSR Semakan 2017 terkini. Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras dalam KSSR yang wajib dipelajari oleh semua murid tahap 1 dan 2 dari tahun 1 hingga tahun 6.

Kurikulum ini merupakan usaha untuk mendedahkan murid dengan perkembangan ilmu pengetahuan kemahiran dan pengamalan nilai serta penerapan semangat jati diri sebagai warganegara Malaysia.

Dokumen Standard dan Pentaksiran KSSR Bahasa Melayu disusun mengikut lajur yang terdiri daripada standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi yang patut dipelajari, disampaikan serta ditafsir dalam proses PDP.

Seperti dalam jadual dalam organisasi kandungan, terdapat lajur catatan. Lajur ini mengandungi cadangan aktiviti dan nota.

Kandungan DSKP Bahasa Melayu Tahun 6 KSSR Semakan

STANDARD KANDUNGAN ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

STANDARD PEMBELAJARAN pula ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

STANDARD PRESTASI pula ialah suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid.

CADANGAN AKTIVITI merupakan catatan aktiviti yang dicadangkan merupakan contoh yang akan memudahkan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Tema dan Tajuk Bahasa Melayu Tahun 6 KSSR Semakan

Apakah tema dan tajuk dalam Bahasa Melayu tahun 6? Kandungan KSSR sejarah tahun 6 telah disusun secara kronologi bermula daripada tajuk Negara Malaysia, Kita Rakyat Malaysia dan Pencapaian dan Kebanggaan Negara.

  1. NEGARA MALAYSIA
    • Pembentukan Malaysia
    • Negeri-negeri di Malaysia
    • Rukun Negara
  2. KITA RAKYAT MALAYSIA
    • Kaum di Malaysia
    • Agama dan Ajaran di Malaysia
    • Perayaan Masyarakat di Malaysia
  3. PENCAPAIAN DAN KEBANGGAAN NEGARA
    • Pemimpin Negara di Malaysia
    • Kemajuan Ekonomi di Malaysia
    • Sukan Kebanggaan di Malaysia
    • Malaysia dan Dunia

Muat Turun DSKP Bahasa Melayu Tahun 6 KSSR Semakan

Muat turun pantas melalui medium kegemaran anda di bawah. Semoga bahan ini dapat membantu guru-guru membuat persedian sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih teratur dan berkualiti selaras hasrat Pendidikan Nasional.

DSKP Bahasa Melayu Tahun 6

Dokumen Standard dan Prestasi | DSKP 🔥

Rancangan Pengajaran Tahunan 2022/2023 | RPT 🔥

Kuiz dan Latihan Sejarah KSSR Sekolah Rendah | RPT 🔥

Muat Turun DSKP KSSR Tahun 6 2022 (Semakan 2017)

Selain daripada mendapatkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran di laman atau portal rasmi https://bpk.moe.gov.my, guru-guru boleh memuat turun bahan menggunakan pautan pantas di bawah. Klik pilihan subjek berikut:-

Penutup DSKP KSSR Semakan 2017

Penggubalan DSKP Bahasa Melayu Tahun 6 KSSR (Semakan 2017) adalah bertujuan untuk memastikan pembangunan murid yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Selain itu diharapkan juga dapat membentuk insan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan mampu menyumbang kepada keluarga, masyarakat, mempunyai daya saing yang global.

Semasa murid berada di tahap 1 dan tahap 2, KSSR (Semakan 2017) menekankan penguasaan kemahiran 4M dan asas dalam setiap bidang pengetahuan. Selain itu, pelbagai aspek pembangunan kognitif, rohani, jasmani, sosio-emosi, sikap dan nilai dititikberatkan.

Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik dan bersepadu dapat memastikan kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan KSSR Semakan 2017. Pemantauan dan penilaian yang berterusan memerlukan usaha sama dan main peranan semua pihak untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.

Sehubungan itu, semua pihak yang berkepentingan dalam pendidikan perlu memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen penuh bagi merealisasikan hasrat dan matlamat pendidikan negara ini.

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!