Kuiz Sejarah Tahun 4 Mengikut Susunan Topik dalam Buku Teks

FLIP.MY berkongsi Kuiz Sejarah Tahun 4 yang disusun oleh Cikgu Mohamad Aiyad Ramli. Akhir-akhir ini banyak perkongsian bahan pembelajaran yang menarik dibina dan dikongsikan oleh guru-guru. Bahan-bahan ini bukan sekadar menarik, bahkan berkualiti dan mengikut keperluan murid.

Inilah antara hikmah di sebalik kedukaan menghadapi wabak Covid-19; guru punyai lebih peluang dan ruang masa untuk menerbitkan bahan. Tahniah kepada semua guru yang telah bertungkus lumus menyediakan ruang pembelajaran yang baik kepada para murid!

Penggunaan modul buhan sahaja membantu murid menguruskan bahan pembelajaran dengan lebih mudah. Namun juga dapat membantu guru mengajar dengan lebih tersusun. Bahan ini boleh sahaja digunakan sama ada semasa sesi PdPR secara dalam taluan, luar talian ataupun dalam mod gabungan.

Senarai Kuiz Sejarah tahun 4 Mengikut Unit

Berikut merupakan senarai atau koleksi kuiz yang disusun mengikut unit 1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9. Klik pautan di bawah untuk menjawab. Kongsikan bersama murid-murid dan juga rakan-rakan sekiranya bermanfaat dan dapat menambahkan ilmu.

Senarai Bahan pembelajaran Sejarah KSSM

  1. Kuiz dan Latihan Sejarah Tahun 4
  2. Kuiz dan Latihan Sejarah Tahun 5
  3. Kuiz dan Latihan Sejarah Tahun 6
  4. Koleksi Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia

Sejarah Melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Sejarah adalah mata pelajaran teras yang mesti dipelajari oleh semua murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Tujuannya adalah untuk memupuk pemahaman murid mengenai peristiwa masa lampau. Herodotus mendefinisikanya sebagai penceritaan tentang tindakan manusia dan asbab mereka melakukannya.

Kurikulum Sejarah ini dirancang untuk membolehkan murid menggapai pengetahuan, kemahiran dan dan penerapan semangat jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia. Antara objektifnya ialah:-

  1. Mengetahui kepentingan subjek ini sebagai satu disiplin ilmu.
  2. Meneroka sumber-sumber sejarah yang ada di dalam negara dan di luar negara.
  3. Menghargai sumbangan tokoh-tokoh perjuangan negara untuk kemerdekaan, kedaulatan dan menghasilkan pembangunan negara.
  4. Mengukuhkan semangat patriotisme dan jati diri sebagai anak watan dalam mempertahankan kedaulatan negara.
  5. Memahami perkembangan bangsa, budaya dan agama dalam menghormati kepelbagaian kaum di Malaysia.
  6. Mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa lampau yang berlaku di tanah air.
  7. Mengaplikasikan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) melalui sesi pembelajaran untuk melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk bersaing di peringkat global.
  8. Menilai warisan negara dalam konteks perkembangan peradaban dan tamadun dunia.
Kuiz Sejarah Tahun 4

Berkaitan Kuiz Sejarah Tahun 4

Sekiranya kaedah memperbanyakkan latihan dilakukan secara berterusan, mungkin juga akan membosankan murid. Kaedah ini akan mempengaruhi fokus dan tumpuan murid. Oleh itu, untuk mengekalkan motivasi murid, pelbagai bentuk latihan dapat digunakan, seperti:

  1. Latihan kompetitif dijalankan secara berkumpulan atau individu. Sekiranya dapat menjawab soalan guru mengenai kemahiran tertentu, skor akan dikira dan dikumpulkan, dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan atau individu lain yang mengambil bahagian.
  2. Sekiranya terdapat murid yang tidak begitu kompetitif, guru boleh membawa peralatan dan melakukan aktiviti gabung jalin kinestetik dan linguistik. Murid boleh mengasah kemahiran berbahasa dengan membuat penerangan dari nama, fungsi, kaedah penggunaan, kaedah penyimpanan peralatan, dan cara mengelakkan kecederaan akibat penggunaan peralatan tersebut dan sebagainya.

Malah, selain guru dan ibu bapa, murid juga dapat menolong sesama mereka melalui kaedah latih tubi atau penggunaan Kuiz Sejarah tahun 4 ini. Kadang-kadang, murid lebih selesa belajar dari rakan sebaya. Oleh itu, latih tubi adalah salah satu kaedah penting untuk melatih murid yang menghadapi masalah pembelajaran khas untuk memahami apa yang diajar.

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

Ikuti kami di Facebook FLIP.MY: dan Telegram: untuk mendapatkan pelbagai info dan bahan terkini secara percuma!

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

2 thoughts on “Kuiz Sejarah Tahun 4 Mengikut Susunan Topik dalam Buku Teks”

Leave a Comment

error: Content is protected !!