PKSK KPM bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 merujuk kepada Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula tahun 2020.
Pentaksiran ini merupakan inisiatif saringan murid-murid susulan pembatalan pelaksanaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan juga Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020 yang lalu. Ini merupakan indikator baharu untuk menempatkan murid di sekolah-sekolah berikut:-
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:
- Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point
- Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus.
Tarikh-Tarikh Penting Permohonan dan PKSK KPM
Perkara | Tingkatan 1 | Tingkatan 4 |
---|---|---|
Permohonan dalam talian | 10 Oktober 2021 – 15 November 2021 | 10 Oktober 2021 – 15 November 2021 |
Semakan Pusat PKSK | 1 Disember 2021 | 1 Disember 2021 |
Pelaksanaan PKSK | 17 Januari 2022 – 27 Januari 2022 | 7 Februari 2022 – 17 Februari 2022 |
Keputusan Tawaran | 15 Mac 2022 | 15 Mac 2022 |
Pendaftaran | akan dikemaskini | akan dikemaskini |
Rayuan | 15 – 29 Mac 2022 | 15 – 29 Mac 2022 |
Persediaan Semasa Membuat Permohonan
Calon yang memohon perlu menggunakan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem. Sistem secara automatik akan mengesan padanan maklumat murid yang telah berada dalam sistem APDM.
Pemohon dibenarkan membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD, jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa maklumat lain yang diperlukan.
Artikel Berkaitan: Permohonan Ke Sekolah Khusus 2022: Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 |
Format Pentaksiran Melalui PKSK KPM
Berikut pula merupakan format PKSK dengan pecahan dan wajaran komponen yang dinilai. Komponen yang akan ditaksir ialah kecerdasan insaniah (20%), kecerdasan intelektual (70%) dan artikulasi penulisan (10%).
- Kecerdasan Insaniah: Elemen kecerdasan emosi, kecerdasan rohani dan kecerdasan kemahiran insaniah digunakan untuk mengenal pasti karakter murid;
- Kecerdasan Intelek: Elemen kecerdasan intelektual, pengetahuan am dan penyelesaian masalah digunakan untuk mengukur tahap kognitif murid; dan
- Artikulasi Penulisan: Elemen ini adalah untuk mengenal pasti percambahan idea. tahap kreativiti, hujahan serta kecenderungan murid dalam sesuatu bidang.
Pentakdiran ini akan dijalankan secara berpusat. Calon-calon yang memohon akan ditaksir secara dalam talian bagi komponen 1 dan 2 manakala secara bertulis bagi komponen ketiga.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].
saya mahukan berita terkini kemasukan tingkatan 1 sek2 Malaysia
Terima kasih info yang diberi.
Tak bolih daftar links SMKA 2022 Ting.1 sebab dah daftar anak masuk links SBA Ting.1 2022 ? betul ke