Warna Pakaian Yang Sesuai Dipakai Ketika Cuaca Panas

Kita semua tahu baju putih kurang serap haba dan hitam itu panas, tetapi bagaimana dengan warna-warna yang lain? Jom ketahui warna pakaian yang sesuai dipakai ketika menghadapi musim cuaca yang panas.

Secara keseluruhannya, Malaysia adalah sebuah negara yang sangat selamat. Terletak di luar lingkaran api pasifik membuatkan kita lega dengan terdedahnya kepada lebih banyak bencana alam. Walau bagaimanapun, kini terdapat satu ancama yang akan menjadi serius sekiranya tidak ditangani dengan baik; strok haba.

Pemilihan pakaian yang tidak sesuai dengan keadaan cuaca panas boleh memberikan rasa tidak selesa semasa melakukan aktiviti seharian. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan memakai pakaian tidak tebal dan fabrik yang dapat memastikan peredaran udara yang baik semasa cuaca panas.

Beberapa petua menggalakkan orang ramai memakai pakaian berwarna terang dalam keadaan cuaca panas melampau ini. Tetapi bagaimana dengan warna lain? Adakah pakaian berwarna selain putih tidak sesuai untuk cuaca panas?

Institut Penyelidikan Alam Sekitar Kebangsaan Jepun menjalankan eksperimen ringkas mengenai keadaan ini. Dalam eksperimen dijalankan, para penyelidik meletakkan patung berbaju dengan warna berbeza di bawah sinar matahari.

Selepas melalui satu tempoh masa, bacaan suhu setiap patung diambil untuk menentukan warna “lebih sejuk” atau “lebih panas”.

Eksperimen Warna Pakaian yang Sesuai Dipakai

Warna Pakaian Yang Sesuai Ketika Cuaca Panas

Benar seperti sangkaan! Keputusannya mendapati warna putih merekodkan suhu paling rendah dan dengan itu digelar warna “paling sejuk”.

Warna-warna terang seperti kelabu dan kuning juga antara warna sejuk selepas warna putih, mencatatkan suhu serupa dengan keadaan sekeliling direkodkan iaitu 30 darjah Celsius.

Walau bagaimanapun, baju gelap jelas tidak dapat memberikan bacaan suhu yang diingini. Baju hitam dan hijau gelap merekodkan bacaan suhu melebihi 50 darjah Celsius dalam masa lima minit sahaja.

Bacaan suhu ini melebihi 20 darjah Celsius daripada bacaan asal pada permulaan eksperimen.
Menariknya, eksperimen ini pada asalnya direka untuk melihat sama ada memakai topeng muka hitam pada hari yang panas akan meningkatkan risiko strok haba.

Bagi sesiapa yang ingin bersiar-siar dalam cuaca panas, baju berwarna terang adalah pilihan yang sesuai. Akhir kata, semoga persoalan warna pakaian yang sesuai dalam cuaca panas yang dikongsikan kali ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!