Semak Kadar Vaksinasi Sekolah Anda Menggunakan Pautan CovidNOW

Ibu bapa, guru-guru atau murid-murid boleh menyemak status atau kadar vaksinasi sekolah masing-masing menggunakan fungsi atau fitur baharu yang disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kerjasama jitu antara KKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melaksanakan program vaksinasi remaja membuahkan hasil. Remaja berumur 12 hingga 17 tahun melalui program PICK Remaja telahpun bermula sejak awal September yang lalu.

Melalui portal VaksinAnakku dan Modul Vaksinasi APDM, data dikongsikan kepada pusat pemberian vaksin terhampir. Sehingga kini hampir 80% murid-murid di bawah institusi pendidikan KPM telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Pfizer.

Fitur Baharu COVIDNOW Papar Status Vaksinasi Sekolah

KPM dan KKM telah mengadakan perbincangan bagi meneliti pendekatan terbaik untuk menyediakan maklumat berkaitan status pelaksanaan PICK Remaja bagi murid sekolah KPM dan maklumat tersebut boleh dikongsikan kepada umum sepertimana data pemberian vaksin yang lain.

Alhamdulillah, hari ini KKM melancarkan fitur baharu mengenai perincian vaksinasi bagi peringkat sekolah di bawah KPM dalam laman sesawang COVIDNOW. Melalui fitur baharu ini, ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan mengenai kadar vaksinasi murid bagi sekolah anak masing-masing. Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Kadar Vaksinasi Sekolah

Usaha ini dapat menyediakan maklumat telus kepada masyarakat, khususnya ibu bapa/penjaga. Ini juga merupakan sebahagian daripada langkah peralihan negara ke fasa endamik. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

1 thought on “Semak Kadar Vaksinasi Sekolah Anda Menggunakan Pautan CovidNOW”

Leave a Reply to Nirmala dewi Ravindaran Cancel reply

error: Content is protected !!