SGM 2.0 ialah singkatan kepada Standard Guru Malaysia 2.0 yang merupakan dokumen rujukan tentang kompetensi yang wajib dicapai oleh seseorang guru. Dokumen ini juga mengandungi pemakluman etika yang perlu dijiwai, diamalkan dan diperlihatkan oleh guru-guru di seluruh negara.
Standard Guru Malaysia 2.0 mengandungi dua komponen utama, iaitu Dimensi Kompetensi dan Etika Keguruan. Dimensi Kompetensi ini menerangkan tentang kompetensi yang perlu dimiliki oleh guru di setiap tahap pembangunan profesionalisme dalam pelaksanaan PdP yang berkesan.
Manakala Etika Keguruan pula menerangkan prinsip moral dan nilai akhlak yang perlu dijadikan pegangan dan amalan guru di Malaysia untuk memastikan profesion keguruan mejadi sebuah kerjaya yang profesional dan dipandang mulia oleh masyarakat.
Kerangka SGM 2.0
Dalam kerangka ini, terdapat 4 tanggungjawab yang dipikul oleh guru-guru, iaitu tanggyngjawab terhadap profesion, murud, ibu bapa / penjaga, masyarakat dan negara.
Bagi memenuhi tanggungjawab tersebut, guru yang berjiwa pendidik akan berusaha untu menjaga kualiti peribadi, memperkemaskan budaya orientasi ilmu, meningkatkan pelibatan komuniti dan melaksanakan innstruksional dengan berkesan.
Muat Turun Poster SGM 2.0 : Standard Guru Malaysia
Standard Guru Malaysia ini perlu dihayati oleh warga pendidik yang menjadi pegangan sepanjang masa. Guru-guru boleh memuat turun poster yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini dan tampal di sudut yang bersesuaian.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].