RPH KSSR 2024/2025 Semua Subjek : LENGKAP Sepanjang Tahun

Ramai juga guru tercari-cari RPH KSSR. FLIP.MY sediakan pautan untuk dapatkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi semua subjek yang digunakan sepanjang tahun ini untuk percambahan idea dan menjimatkan masa.

Guru pastinya telah ada cara tersendiri untuk menyampaikan bahan, namun dengan adanya rancangan pengajaran yang dibekalkan ini ini bakal memudahkan urusan ketika mencari idea dan berhadapan dengan kekangan masa.

Untuk pengetahuan pengunjung FLIP.MY yang bukan guru, RPH ini WAJIB disediakan untuk setiap waktu pengajaran. Sebagai contoh, jika guru masuk ke kelas untuk mengajar 4 sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu, maka guru perlu menyediakan 4 perancangan pengajaran yang akan dilaksanakan pada hari itu sebelum memasuki kelas untuk mengajar.

Rancangan Pengajaran Harian ini akan merangkumi mata pelajaran, tarikh, waktu, tema, tajuk dan kandungan pengajaran dan pembelajaran, aktiviti yang dirancang, alat bantu mengajar yang digunakan, dan refleksi terhadap pengajaran yang telah dilaksanakan.

Koleksi RPH KSSR Tahun 1 Hingga Tahun 6

Melalui Program Transformasi Sekolah 25 (TS25), penerapan elemen Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) dalam rph juga diberikan penekanan dan fokus menyeluruh. Guru-guru boleh mengubah suai bahan ini mengikut keperluan dan format sekolah masing-masing.

Antara Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan oleh CG adalah untuk kegunaan guru-guru daripada tahun 1 hingga tahun 6 bagi mata pelajaran berikut:-

  1. Bahasa Melayu SK dan SJK
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sivik dalam Bahasa Melayu
  4. Matematik
  5. Sains
  6. Pendidikan Moral
  7. Reka Bentuk dan Teknologi
  8. Sejarah
  9. Pendidikan Islam
  10. Pendidikan Kesihatan
  11. Pendidikan Jasmani
  12. Pendidikan Muzik
  13. Pendidikan Seni Visual

Huraian Rancangan Pengajaran Harian KSSR Semakan

RPH KSSR 2024 LENGKAP SEPANJANG TAHUN

Senarai RPH yang disediakan ini dilengkapi dengan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Dokumen Standard Kurikulum dan pentaksiran (DSKP) untuk rujukan guru. Semua format rph dan rpt ini disediakan dalam format MSword. Sekiranya perlu, semua guru boleh membuat perubahan atau edit dengan mudah.

Dengan adanya perancangan yang baik, guru-guru dapat mengelakkan berlakunya sesi pengajaran yang terkeluar daripada silibus atau sukatan pelajaran yang sepatutnya.

Pengalaman dan penguasaan isi kandungan pengajaran pastinya dapat membantu melancarkan lagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran murid-murid sama ada secara bersemuka ataupun sesi PdPR. Semoga sumber RPH KSSR ini dapat membantu kelancaran sesi pembelajaran yang dikendalikan.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!