Pertandingan Video Pendek Ceria Bersama Chef TaHa: Lembaga Tabung Haji

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK CERIA BERSAMA CHEF TAHA terbuka kepada semua ahli TaHa Cilik yang berumur 7 hingga 12 tahun sahaja. Setiap ahli TaHa Cilik terhad menghantar satu penyertaan sahaja.

Hasilkan kek batik dan muatnaik video pendek berdurasi tidak lebih seminit secara kreatif di Facebook bertemakan “Kek Batik Negaraku Malaysia”.

Murid-murid atau anak-anak bolehlah menyertai program atau aktiviti ini untuk mengisi masa lapang semasa cuti sekolah atau cuti hujung minggu nanti. Luangkan masa untuk menambah pengalaman dan kemahiran asa memasak dengan aktiviti yang menarik ini!

Syarat Pertandingan Video Pendek

Program ini merupakan anjuran bersama Lembaga Tabung Haji, dan F&N. Peserta perlu menggunakan produk keluaran F&N sebagai salah satu bahan resipi kek batik tersebut. Berikut merupakan syarat-syarat lain:-

  1. Video yang dihasilkan hendaklah merangkumi tiga bahagian;
    • a. Pengenalan bahan masakan.
    • b. Proses penghasilan kek batik.
    • c. Kek batik dipersembahkan secara kreatif mengikut tema.
  2. Karya yang dihasilkan mestilah asli, hak milik sendiri dan tidak diambil daripada mana-mana pihak ketiga.
  3. Sama sekali tidak mempunyai unsur-unsur negatif atau menyentuhi sensitiviti sesuatu perkara.
  4. Video yang dimuatnaik disertakan caption “Chef TaHa ceria bersama F&N . . .” dan dilengkapi hashtag #TaHaCilik #F&N.
  5. Akaun Facebook tidak private dan posting tersebut dapat dilihat umum.
  6. Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke emel [email protected] dengan dilampirkan “Screenshot” muatnaik Facebook sebagai bukti penyertaan.
  7. Peserta juga perlu sertakan maklumat berikut untuk rujukan pihak TH:-
    • a. Nama :
    • b. No. IC :
    • c. No. Akaun TH :
    • d. No. telefon :
    • e. Emel :

Hadiah dan Keputusan Pertandingan Video Pendek

  1. 100 penyertaan terawal akan menerima RM15 F&N e-baucer.
  2. Video terbaik dengan caption yang kreatif akan dipilih melalui proses undian awam dan panel TH.
  3. Karya yang dipilih sebagai pemenang akan menjadi hakmilik TH dan berhak memuatnaik semula atau menyiarkan di mana-mana platform bagi tujuan promosi tanpa sebarang notis.
  4. Pemenang akan diumumkan melalui media sosial TH selepas 7 Oktober 2021.
  5. Keputusan pemenang adalah muktamad. TH berhak meminda tarikh pengumuman pemenang tanpa notis.
  6. Berikut merupakan hadiah pertandingan:-
Pertandingan Video Pendek

Tempoh Pertandingan Video Pendek

  1. Tempoh pertandingan bermula 31 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021.
  2. Pihak TH berhak menolak penyertaan yang tidak memenuhi syarat atau yang diterima selepas tarikh tutup pertandingan.
  3. Dengan penyertaan pertandingan ini, peserta dianggap bersetuju dan faham dengan terma & syarat.

Sebarang maklumat lanjut boleh terus hubungi TH Contact Centre di talian 03-62071919.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

5 thoughts on “Pertandingan Video Pendek Ceria Bersama Chef TaHa: Lembaga Tabung Haji”

Leave a Reply to Rahmah Awangahmed Cancel reply

error: Content is protected !!