Tips murah rezeki menurut Islam dalam kehidupan seharian, kehidupan suami isteri, dalam perniagaan ini dikongsikan buat semua pembaca. Rezeki yang dimaksudkan ini bukan sahaja kepada kekayaan harta atu wang ringgit, tetapi juga kesejahteraan hidup, kelapangan masa, kesihatan dan juga nikmat-nikmat Allah yang lain.
Berapa banyak orang yang mempunyai wang, namun terduga dengan masalah kesihatan? Ada juga yang penyai banyak harta namun belum juga dikurniakan zuriat? Ada pula yang punyai banyak masa lapang namun tidak temui ketenangan dalam hidup mereka?
Di sinilah perlunya kita perbaiki amalan dan tambahkan rezeki dalam segala bentuk pemberian daripada tuhan, semoga dunia ini dijadikan sebenar-benar landasan untuk bahagia dunia dan akhirat.
Murah Rezeki dengan Bersedekah
Ramai orang tidak tahu bahawa sedekah boleh menjemput rezeki yang melimpah ruah kepada si pemberi. Amalan berkongsi rezeki yang digalakkan oleh Islam ini bukan bermaksud mengurangkan wang kita, namun perbuatan ini dapat menambah kekayaan kita.
Bersedekah tanpa mengharapkan balasan. Pernahkah kita bertemu dengan pengemis yang ingin membelanjakan sedikit wang untuk makanan? Bagaimana kita bertindak balas? Berapa banyak yang kita hulurkan?
Jangan tunggu untuk jadi kaya raya untuk berkongsi pendapatan yang sedikit. Berilah semampunya. Ikhlaskan hati untuk beramal. Jadilah seikhlas mungkin.
Jangan sesekali saaat ketika kita bersedekah, tetapi dalam hati, terdetik berniat untuk membiarkan mereka yang meminta sedekah segera pergi. Atau berasa keliru dan mengeluh apabila memberi sejumlah wang. Atau bersedekah untuk terlihat mulia di pandangan manusia.
Apabila memberi, jangan gunakan ayat yang menyakitkan hati penerima. Sebagai contoh. “Gunakan wang untuk perkara yang baik, jangan membazir.”
Walaupun niat tersebut adalah baik, namun kita dilarang sama sekali untuk melukakan hati penerima. Tindakan ini mungkin akan menyebabkan pemberian kita itu bukan lagi sedekah. Merugikan, bukan?
Doa Untuk Murah Rezeki
Jangan lupa berdoa sepanjang masa, tatkala melakukan apa juga kerja. Setiap perbuatan yang disertai dengan doa pasti akan diredhai Allah SWT.
Solat dan doa adalah fitrah manusia. Hanya dengan berdoa, segala permintaan dapat didengarinya. Jadilah insan beriman, jangan sesekali sombong untuk mendah tangan dan panjatkan doa.
Sebelum memulakan kerja, berdoalah memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat untuk diri sendiri dan juga keluarga.
Amalan Solat Sunat Dhuha
Antara petua murah rezeki yang lain ialah sentiasa menjaga amalan wajib dan laksanakan juga solat sunat dhuha. Perkongsian ini adalah pesanan turun temurun supaya kita dapat menerima rezeki yang melimpah ruah.
Solat Dhuha biasanya dianggap sebagai magnet dan pintu rezeki. Dengan menunaikan solat ini, keinginan yang diminta akan segera sampai ke tangan kita. Melainkan, jika Allah aturkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dipinta.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].