Program pemerkasaaan pelaksanaan KPM PerkasaKu merupakan satu inisiatif untuk melestarikan pendidikan meskipun dalam situasi berbeza. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin dengan pembelajaran murid terutamanya dalam situasi pandemik Covid-19 yang masih melanda negara.
Landskap pendidikan negara berubah kesan perintah kawalan pergerakan apabila sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka terpaksa ditangguhkan. Dalamtakkan curang pun belajar ini memberi fokus yang menyeluruh dalam usaha KPM untuk memulihkan tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran mereka ini bermakna perancangan yang strategik dan berfokus perlu dilaksanakan KPM menyarankan agar pertambahan masa perlu dilaksanakan dalam bentuk jadual waktu yang dipanjangkan tempoh ini, sesi pengajaran dan pembelajaran terpaksa dilaksanakan dari rumah.
Melalui pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), pembelajaran murid dilaksanakan mengikut kesesuaian lokaliti, kemudahan infrastruktur, keupayaan guru serta tahap penguasaan murid. KPM sentiasa mengambil berat dan fokus terhadap pembelajaran murid yang mungkin terjejas akibat penutupan sekolah dalam tempoh yang lama.
Apa itu KPM PerkasaKu?
Nama program ini diformulasi berdasarkan petikan huruf KPM yang merujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkasa pula merujuk kepada program pemerkasaan pelaksanaan kurikulum. Huruf KU juga merujuk kepada penekanan pelaksanaan KURIKULUM dan bagi memperkasakan murid-murid di seluruh Malaysia.
Secara keseluruhannya, ia membawa maksud matlamat utama program ini dilaksanakan untuk membantu murid-murid memperkasakan kemahiran asas dan tahap pembelajaran mereka.
Pelaksanaan akan bermula pada 1 September sehingga 28 Februari 2022.
Objektif pelaksanaan:
- Meningkatkan penguasaan murid bagi kandungan kurikulum tahun semasa secara optimum.
- Merapatkan jurang pembelajaran murid yang wujud semasa berlakunya krisis ataupun pendemik covid-19.
- Menyediakan sokongan kurikulum kepada guru-guru bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan apa jua mekanisme.
- Memastikan murid-murid kita bersedia untuk mengikuti kurikulum tahun persekolahan 2022.
Rasional Program KPM PerkasaKU
Kekangan interaksi bersama guru menyebabkan penguasaan pembelajaran, sebagai contohnya kemahiran literasi dan numerasi dalam kalangan murid tahap 1 terkesan dan perlu ditangani dengan sistematik.
Sebagai usaha merapatkan jurang pembelajaran yang berlaku, KPM telah merancang untuk melaksanakan program pemerkasaan pelaksanaan kurikulum untuk memberi peluang kepada murid untuk memperoleh kandungan asas yang diperlukan dalam pembelajaran. Pihak KPM menyarankan agar:
- Pertambahan masa perlu dilaksanakan dalam bentuk jadual waktu yang dipanjangkan; atau
- Melihat kembali bagaimana penyelarasan semula takwim persekolahan.
4 Fokus Utama Guru dalam KPM PerkasaKU
Program ini juga merangkumi kaedah pengayaan dan pengukuhan yang akan dilanjutkan sehingga Februari tahun 2022. Terdapat 4 perkara utama yang perlu difokuskan oleh semua guru dalam program ini untuk dilaksanakan iaitu:
1. Strategi Pengukuhan dan Pengayaan
Strategi pengukuhan dan pengayaan yang bertujuan untuk merapatkan jurang pembelajaran yang timbul akibat pelbagai kekangan semasa melaksanakan PDPR.
2. Pembugaran Literasi dan Numerasi
Program pembugaran literasi dan numerasi yang merupakan strategi bagi membantu murid guru dan ibu bapa atau penjaga untuk mengukuhkan kemahiran literasi dan numerasi sesuai dengan tahap keupayaan murid. Ini melibatkan murid Tahun 1, tahun 2 dan Tahun 3.
3. Pemantapan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
Memastikan pentaksiran bilik darjah ataupun PPD yang merupakan proses berterusan dan komponen penting bagi mendapatkan maklumat untuk mengenal pasti dan merekod perkembangan kemajuan kebolehan dan pencapaian murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tidak diabaikan.
Untuk itu pemerkasaan pentaksiran bilik darjah pbd ini dilaksanakan dan diteruskan bagi memastikan tahap keupayaan dan penguasaan pembelajaran murid sentiasa ditaksir direkod dan dipantau walaupun dalam tempoh PDPR.
4.Penyediaan Platform Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Satu sistem penyimpanan bahan pengajaran dan pembelajaran diwujudkan untuk mengurus, menyimpan dan menyediakan akses bahan pembelajaran. Sumber pembelajaran untuk sekolah rendah dan menengah ini telah dimuatnaik di Pelantar DELIMa KPM.
Pihak guru, ibu bapa dan murid boleh mengakses bahan ini pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Bahan ini seharusnya dapat dimanfaatkan seoptimum mungkin oleh semua pihak bagi memberi impak positif terhadap pendidikan setiap murid.
Pemerkasaan Pembelajaran Kendiri
Pemerkasaan Pembelajaran Kendiri atau Student Enrichment Learning Framework (SELF) menyediakan ruang pembelajaran secara kendiri untuk murid.
- Melalui SELF, murid akan dapat memaksimumkan potensi diri serta menguasai kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari.
- SELF akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna, memberi peluang murid untuk memilih aktiviti, menilai dan memantau peningkatan pencapaian.
- Bahan ini boleh diakses melalui pautan berikut: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/public/
Cadangan Pelaksanaan Kurikulum
Mulai 1 September 2021 KPM mencadangkan supaya semua sekolah dapat mengenalpasti peratus pelaksanaan kandungan asas kurikulum yang telah dilaksanakan bagi setiap mata pelajaran dalam tempoh 2 Januari 2021 sehingga 31 Ogos 2021.
Bagi mata pelajaran yang telah mencapai peringkat asas kurikulum sebanyak 70 peratus guru-guru boleh meneruskan pelaksanaan PDP ataupun pdpa menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian.
Walau bagaimanapun bagi mata pelajaran yang masih belum mencapai tahap pelaksanaan kandungan asas sebanyak 70 peratus, PdPR dicadangkan dilaksanakan dengan menggunakan beberapa kaedah yang bersesuaian seperti:
- Pendekatan bertema
- Pendekatan modular
- Pembelajaran berasaskan projek
- Pembelajaran terbeza
- Simulasi amali
Muat Turun : Slaid Pembentangan KPM PerkasaKU
SumberKU: Bahan Sokongan dalam Pelantar DELIMa
Repositori Bahan Sokongan Pengukuhan dan Pengayaan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah ini mengandungi bahan sokongan yang boleh digunakan oleh guru, murid dan lbu bapa. Bahan ini dapat membantu murid memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan yang telah diperolehi.
Seterusnya, bahan tersebut juga boleh digunakan untuk aktiviti pengayaan supaya murid dapat menguasai semua kandungan kurikulum yang telah diajar. Layari http://sumberku.moe-dl.edu.my/
Selain panduan pengajaran guru, pelbagai bahan sokongan boleh diakses bagi pembelajaran kendiri yang sesuai bagi murid sekolah rendah dan menengah seperti:
- Lembaran kerja
- Kuiz
- Nota
- Gamifikasi
KPM berharap agar semua guru memahami sepenuhnya program KPM PerkasaKu yang dirangka dan dibangunkan ini sebagai pemangkin dalam meningkatkan Pendidikan berkualiti bagi setiap murid. KPM akan melaksanakan penataran untuk menjelas dan membimbing guru bagi memastikan empat fokus utama tersebut dapat dilaksanakan secara berkesan.
Para pendidik yang merupakan frontliner dan Adiwira pendidikan bersama-sama dengan ibu bapa serta semua pihak yang berkepentingan diharapkan dapat terus meningkatkan iltizam dan kerjasama erat agar hasrat pendidikan negara tercapai. Komitmen dan sokongan padu semua pihak dalam menjayakan misi KPM ini adalah sangat diharapkan.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].
Usaha yang baik.
TERIMA KASIH TUAN,, SATU PENDEKATAN YANG BAGUS DEMI MEMBANTU PELAJAR DAN GURU
Terima kasih atas perkongsian, satu usaha yang baik. Mohon perbanyakkan bahan pembelajaran untuk subjek Matematik Sekolah Menengah.
Tahniah kerana mewujudkan platform yang menarik dan memudahkan kerja para pendidik di seluruh negara.
Satu cadangan agar setiap pautan yang diklik akan dibuka pada tab yang baharu bukan pada tab yang sama. Multiple tab adalah lebih memudahkan dan bersifat multitask yang digunakan dalam kebanyakan OS, aplikasi dan browser.
Semoga terus sukses.
Terima kasih.