Kertas Kerja Kejohanan E-SPORT ini ialah perkongsian Cikgu Mohd Daim dari Unit Kokurikulum SK Kuala Gula, Kuala Kurau, Perak. Seperti perkongsian-perkongsian sebelum ni, barisan admin FLIP.MY amat mengalu-alukan sebarang perkongsian bahan untuk dimanfaat bersama.
Sukan elektronik atau e-sukan adalah sejenis sukan yang menggunakan peralatan elektronik yang terdapat di dalam kehidupan seharian. E-Sukan Gamer merupakan satu revolusi kepada permainan video dan boleh menjadi sumber ekonomi kepada individu yang meminati permainan video secara positif.
Bagi meningkatkan minat murid terhadap salah satu cabang sukan tersebut, terdapat sekolah yang telah menganjurkan Kejohanan E-Sports seperti Mobile Legend, Dota, PUBG dan sebagainya. Penganjuran program ini bukan sahaja sebagai hiburan kepada warga sekolah namun murid dapat belajar untuk mengurus dan menjayakan sesuatu program secara berpasukan.
Baca Juga : Cara Kiran dan Tebus Wang Tunai Ganjaran Cuti Rehat (GCR)
Pengenalan Kertas Kerja Kejohanan E-SPORT
Kertas kerja ini dirangka untuk merealisasikan beberapa objektif yang realistik mengikut arus perkembangan teknologi dan sukan. Diharapkan aktiviti yang diadakan dapat memupuk bakat dan kemahiran murid dalam sukan atas talian sempena pandemik Covid19 ini.
Antara objektif penganjuran adalah:
- Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai sukan elektronik dengan menerapkannya kepada warga sekolah.
- Melatih dan mendidik pemain, seterusnya memberi keyakinan untuk orang ramai menceburi sukan elektronik tanpa perlu risau akan masa depan kerjaya mereka dalam arena tersebut.
- Untuk memupuk bakat dan kemahiran dalam sukan dalam talian.
Muat Turun Kertas Kerja Kejohanan E-SPORT
Dapatkan bahan berikut menggunakan butang pautan di bawah. Muat turun, semak dan sunting mengikut keperluan dan kesesuaian program di sekolah masing-masing. Pastikan kertas kerja yang dirangka ini disemak sebelum dihantar kepada pengetua / guru besar untuk tujuan pengesahan dan kelulusan.
Selain kertas contoh kertas kerja program ini, guru-guru juga boleh menggunakan pautan di bawah untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan, seperti:-
- Kertas Kerja Penubuhan Kelab / Persatuan
- Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar
- Kertas Kerja Program Motivasi
- Kertas Kerja Program Sekolah (TS25)
- Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform
- Kertas Kerja Program Gaya Hidup Sihat
- Kertas Kerja Program Khidmat Masyarakat
- Kertas Kerja Program e-Sukan
- Kertas Kerja Program Transisi Tahun 1
- Kertas Kerja Kejohanan E-SPORT / E-SUKAN
Penutup Kertas Kerja Kejohanan E-SPORT
Diharapkan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti yang telah dirancang mendapat sambutan yang baik dari semua pihak sama ada guru atau murid dan juga ibu bapa.
Semoga usaha murni ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].