Kali ini, FLIP.MY kongsikan Contoh RPH Sekolah Rendah terkini yang digunakan pada tahun 2024/2025. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan dokumen perancangan pengajaran yang disediakan oleh guru untuk membimbing proses pembelajaran di dalam kelas pada hari pengajaran tersebut.
RPH dirangka dengan beberapa tujuan utama, iaitu:-
- Membantu guru untuk merancang sesi pembelajaran yang berstruktur dan efektif.
- Memastikan bahawa semua unsur penting dalam sesuatu pelajaran seperti objektif pembelajaran, aktiviti, sumber bahan, penilaian dan sebagainya diambil kira dan disediakan dengan baik.
- Berfungsi sebagai panduan agar guru dapat menguruskan masa pembelajaran dengan lebih efisien.
- Memudahkan guru untuk menilai dan memperbaiki proses pembelajaran berdasarkan pelaksanaan dan hasil yang dicapai.
Format dan Contoh RPH Sekolah Rendah
Tiada ketetapan rasmi tentang format atau susunan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian. Namun secara umumnya, RPH mengandungi komponen-komponen berikut:
- Maklumat Mata pelajaran (nama subjek, masa, kelas, tema, topik)
- Standard Kandungan dan Pembelajaran
- Objektif Pembelajaran
- Isi Kandungan Pelajaran
- Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
- Kaedah/Teknik Pengajaran
- Media/Alat Bantu Mengajar
- Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran (Permulaan, Pengisian, Penutup)
- Penilaian
RPH disediakan dengan mengambil kira situasi dan tahap penguasaan murid. Format dan perincian RPH juga boleh berbeza-beza bergantung kepada pihak pengurusan dan pentadbiran kurikulum sekolah. RPH adalah penting untuk memastikan pembelajaran lebih berfokus, interaktif dan selaras dengan objektif kurikulum.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].