FLIP DOT MY kongsikan Buku Cerita Online yang sesuai dimanfaatkan oleh murid-murid pada waktu senggang. Bacaan ini murid-murid bolehlah isi dalam rekod NILAM. Lebih mudah sekarang, rekod nilam boleh diisi secara dalam talian sahaja, tak perlu lagi tulis dalam buku.
Dengan keadaan yang terbatas, sesi persekolah yang ditangguhkan, SOP yang ketat, pastinya bahan bacaan digital menjadi permintaan yang tinggi. Ingat, rekod bacaan NILAM yang tinggi juga dapat membantu markah yang tinggi dalam Rekod Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Jenis-Jenis Bahan Bacaan yang Direkodkan
Bahan bacaan merangkumi dua jenis bahan, iaitu buku dan bahan bukan buku. Murid-murid boleh merekodkan bahan bacaan pelbagai format dan diperoleh dari sumber yang pelbagai ke dalam sistem iQ-NILAM.
- Bahan yang boleh dibaca dan direkodkan ialah semua jenis buku samada dalam bentuk fizikal atau juga buku cerita online (ebook). Bahan bacaan ini boleh didapati dari koleksi yang ada di Pusat Sumber Sekolah, perpustakaan bergerak, Perpustakaan Desa, perpustakaan awam, koleksi peribadi, koleksi digital yang disimpan atau diperoleh dari sumber internet.
- Bahan bukan buku pula ialah bahan yang boleh dibaca selain daripada naskhah fizikal atau digital seperti artikel, jurnal, laporan, risalah, majalah, komik, poster, brosur dan lain-lain bahan bacaan.
Baca juga: Cara Rekod Bacaan dalam iQ-NILAM
Kelebihan Menggunakan Buku Cerita Online
Menggunakan bahan bacaan dalam talian merupakan salah satu inisiatif yang boleh diambil sekiranya murid menghadapi kesukaran untuk mengunjung ke perpustakaan sekolah atau perpustakaan komuniti.
Dengan memanfaatkan bahan bacaan yang dikongsikan dalam bentuk pdf ini, murid tidak perlu menghabiskan wang ringgit untuk membeli bahan bacaan baharu setiap kali menghabiskan bacaan.
Amalan membaca dapat mengisi masa lapang anak-anak dengan perkara berguna, dan juga dapat membuat anak tidak lagi menghabiskan masa bermain permainan video atau menonton video yang kurang bermanfaat di media sosial.
Menghabiskan bacaan akan meningkatkan tahap pengetahuan pembaca. Membaca adalah jambatan pengetahuan, kerana melalui pembacaan, murid-murid akan dapat memperoleh maklumat. Contohnya, kanak-kanak yang membaca bahan berbahasa Inggeris akan dapat mengembangkan dan meningkatkan pengetahuan kosa kata mereka.
Dapatkan juga: Koleksi Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia
Koleksi Buku Cerita Online
Bahan Bacaan Online Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ini mengandungi juga cerita pendek untuk kanak-kanak. Dengan membaca, kanak-kanak akan lebih terbuka mindanya. Aktiviti membaca dapat menambahka ilmu, kosa kata dan juga kecekapan berbahasa.
- Perpustakaan Negara Malaysia dalam Talian
- Bahan-bahan bacaan bahasa Inggeris
- Koleksi bahan bacaan bahasa Melayu
- Buku Cerita Rekaan Guru
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].
Terbaik
Terbaik
terima kasih..
Sangat bermanfaat kpd murid dan guru
Bgus
Best
Good
Terima kasih saya suka semua cerita² di dalam ini
X leh buka pon
Klik pada bahan bacaan di pautan yang disediakan. 🙂
Terima kasih
Bagus
Bagus juga lah buku cerita kat online ni
Veritas ini online bagus
Cerita ini online bagus
Terima kasih cikgu….Sysuku buku ni sangat²
Bagus .
Terima kasih
Terbaik
Selamat pagi cikgu , says mahi bantuan Dari you jika take tahu . Nilam cikgu bantu saya terim kasih daripada information
Terima kasih cikgu kerana banyak ilmu yang saya belum tahu kini saya sudah tahu TQ.
Terbaik..bagus utk semua.
macam mana nak buka? bila tekan je dia tulis “CONTENT IS PROTECTED”
Saya suka membaca
best