Murid Tahun 5 Menang 3 Anugerah Inovasi Peringkat Antarabangsa

Menarik bukan? Murid Tahun 5 Sekolah Kebagsaan (Perempuan) Methodist Kuantan cipta bahan inovasi dan menang 3 anugerah peringkat antarabangsa. Siapa sangka, dalam situasi Pandemik ini, Marya, Muzamir memanfaatkannya dengan aktiviti bermanfaat dan berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Maryam Muzamir yang berusia 11 tahun ini telah merumuskan jenis makanan haiwan baharu yang terbuat dari kulit udang dan kulit siput. Produk ini diberi nama “YAM 2.0”.Penemuan ini membolehkan Maryam memenangi 3 anugerah di International Invention and Innovation Competition (iCAN) yang diadakan di Toronto, Kanada.

Menurut sumber New Straits Times, Maryam sebelum ini telah memenangi pelbagai anugerah pada tahun ini dan tahun lalu untuk produk YAM 2.0. Melalui pencapaian itu bapanya meyakinkan Maryam untuk membawa produk inovatifnya ke pentas antarabangsa.

Usahanya berhasil apabila berjaya memenangi pingat emas, Anugerah Khas Kanada, dan anugerah paling didambakan, iaitu Anugerah Pencipta Muda Terbaik iCAN 2021. Mariam mengalahkan 600 peserta lain dari 70 negara dengan gelaran juara, serta menjadi pemenang termuda dalam pertandingan ini.

Murid Menang Inovasi

Sumber Idea Inovasi YAM 2.0

Idea ini muncul ketika dia dan keluarganya pergi ke restoran makanan laut di sebuah pantai di Kuantan. Maryam mendapati banyak bahan buangan di restoran di sana, terutama kulit atau cengkerang makanan-makanan laut.

Setelah membaca artikel mengenai kerang makanan laut yang mengandungi “chitin” yang baik untuk dijaidkan makanan haiwan, Mariam mula merancang inovasi dengan mencipta ramuan sendiri sehinggalah usahanya membuahkan hasil.

“Pada bulan Jun tahun lalu, kami berbincang dengan pengurus kedai makanan laut di sini untuk memberikan kulit udang dan juga cengkerang kepada kami daripada membuangnya. Pengurus makanan bersetuju, dan saya bertekad untuk berjaya,” kata Mariam.

Anak sulung daripada dua beradik itu juga memberitahu bahawa mereka mengumpulkan 30 kg kulit dan cengkerang makanan laut itu, kemudian mencuci dan mengeringkannya di bawah terik matahari. Kemudian, Maryam:-

  1. Asingkan kulit udang dan siput sedut
  2. Kisar kedua-dua bahan tersebut sehingga menajdi serbuk halus

Proses ini menjalani beberapa proses percubaan sebelum mendapat hasil dan keseuaian makanan yang sepadan bagi haiwan ternakan. Kos untuk menghasilkan YAM 2.0 adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan produk makanan haiwan yang terdapat di pasaran. YAM 2.0 ini sesuai digunakan untuk pelbagai ternakan seperti ayam, kambing, ikan, termasuk khinzir.

Kejayaan Maryam Adalah Sebuah Inspirasi dan Motivasi

Tahun lalu Maryam memenangi 2 pingat emas melalui Citrex (Creation, Innovation, Technology & Research Exposition), dan tahun ini memenangi 3 pingat emas menerusi I-RIE (International Research Invention and Innovation Exhibition 2021). Kerana potensi besar produk ini, ayahnya mendorongnya untuk menyertai pertandingan antarabangsa.

Sudah tentu, anda juga kagum dengan murid berjiwa besar ini. Dia telah mendapat banyak pengetahuan berguna dari ibu bapanya ketika dia masih muda. Semoga lebih ramai orang yang kreatif dan inovatif seperti Maryam Muzamir pada masa akan datang.

Kredit Gambar: Muzamir Hasan SAYS

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

3 thoughts on “Murid Tahun 5 Menang 3 Anugerah Inovasi Peringkat Antarabangsa”

  1. Alhamdulillah.Tahniah atas kejayan yang dicapai dalam usia muda.Saya tumpang bangga dengan hasil pencapaian adik yang luar biasa.Semoga terus cemerlang di persada dunia dalam menghasilkan sesuatu inovasi yang bermanfaat buat semua.

    Reply

Leave a Reply to saziah Cancel reply

error: Content is protected !!