FLIP.MY berkongsi bahan terpilih, iaitu Contoh Sijil Penghargaan yang boleh digunakan di sekolah. Bahan perkongsian ini boleh cikgu-cikgu edt mengikut kesesuaian. Boleh gunakan sebagai tanda menghargai murid-murid aktif PdPR, meraikan sumbangan ahli jawatankuasa (AJK), penghargaan sumbangan atau komitmen penceramah dan lain-lain lagi.
Amalan-amalan baik ini, sekiranya hadir dalam kalangan murid, mereka juga berhak mendapat token dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). Prestasi yang baik dalam sistem ini juga akan memberi gambaran sifat dan sikap murid sepanjang tempoh persekolahan mereka.
Muat Turun Contoh Sijil Penghargaan
Template sijil ini merupakan rekaan yang dikongsikan secara percuma. Tetapan saiz A4 yang disediakan sememangnya sudah bersedia untuk dicetak. Guru-guru hanya perlu edit mengikut kesesuaian ayat, menukar logo dan nama sekolah. Kemudian, berjumpalah dengan guru besar untuk tandatangan pengesahan.
Perkataan Sijil Penyetaan ini boleh diubah kepada penghargaan atau juga pencapaian. Semoga dimurahkan rezeki guru yang telah memudahkan urusan guru-guru yang lain.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].
1 thought on “Contoh Sijil Penghargaan PdPR Untuk Memotivasikan Murid”