Sekiranya mempunyai anak yang berumur 6 tahun, jangan terlepas untuk buat pendaftaran murid darjah 1 pada tahun 2024/2025 nanti. Ibu bapa atau penjaga boleh mendaftar bermula 1 Mei 2023 sehingga 30 Jun 2023.
Borang pendaftaran murid Tahun 1 2024/2025 akan dibuka secara dalam talian menerusi Sistem Bersepadu Modul Pengurusan Awam (MOEIS KPM — idme.moe.gov.my). Ibu bapa atau penjaga dinasihatkan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan bagi membolehkan permohonan kemasukan dapat diproses.
Berikut disertakan maklumat dan garis panduan penting untuk pendaftaran dalam talian untuk kemasukan murid pada tahun 2024/2025. Maklumat yang dipaparkan adalah maklumat berkaitan tarikh permohonan, borang permohonan atau pendaftaran dan cara mendaftar.
Tarikh Pendaftaran Murid Darjah 1 2024/2025
Berpandukan makluman terkini daripada BPSH KPM pada tarikh 28 Februari 2023, permohonan kemasukan murid Tahun Satu bagi ambilan 2024 / 2025 sekolah-sekolah di semenanjung Malaysia serta sabah dan sarawak adalah mengikut ketetapan berikut:
Perkara | Tarikh |
---|---|
Permohonan Dibuka | 02 Mei 2023 |
Permohonan Ditutup | 30 Jun 2023 |
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai pendaftaran Tahun 1, ibu bapa dan penjaga dikehendaki melengkapkan modul pengurusan awam terlebih dahulu, dan mengisi maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan.
Syarat Pendaftaran Murid Darjah 1 2024/2025
Di bawah merupakan syarat umum daftar masuk bagi kalendar akademik semasa:
- Warganegara Malaysia
- Kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
Cara-Cara Pendaftaran Secara Online
Langkah-langkah Pendaftaran adalah seperti berikut:
- Pendaftaran pertama kali melalui IdMe oleh Ibu bapa / Penjaga kepada anak jagaan.
- Klik pautan https://idme.moe.gov.my.
- Kemudian, pilih modul pengurusan awam.
- Isi atau kemaskini Pengurusan Profil yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan
- Seterusnya klik Tambah anak/jagaan dan kemaskini maklumat sekiranya maklumat tersebut belum wujud.
- Setelah selesai pengisian atau kemaskini maklumat pada modul Pengurusan Profil, pilih Permohonan Kemasukan.
- Akhir sekali, klik Permohonan Kemasukan ke Tahun 1 KPM Tahun 2024/2025 untuk memohon.
Mohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk sentiasa membaca maklumat terkini di laman utama (Login idMe KPM — idme.moe.gov.my).
Dokumen Pendaftaran Murid Darjah 1 2024/2025
Permohonan dalam talian yang lengkap dan berjaya didaftarkan hendaklah dicetak untuk pengesahan oleh pihak sekolah. Ibu bapa/Penjaga hendaklah membawa salinan borang permohonan yang dicetak ke sekolah tempat mereka memohon untuk proses pengesahan atau perakuan.
Dokumen-dokumen berikut mesti dibawa bersama-sama borang:-
- Salinan permohonan yang dibuat dalam talian.
- Sijil lahir anak (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
- Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
- Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
- Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
- Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
- Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].
Putih