Portal EGTukar KPM yang merupakan sistem permohonan dan semakan pertukaran guru antara negeri dan juga daerah yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). FLIP.MY akan berkongsi tarikh pemohonan dan keputusan EGTukar antara negeri ataupun daerah.
Bermula tahun 2022, proses pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melalui e-GTukar tahun 2022 bagi yang menyandang jawatan Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Tingkatan 6 akan dilaksanakan sepanjang tahun manakala bagi guru akademik biasa akan dilaksanakan mengikut sesi penggal persekolahan.
Sehubungan dengan itu, berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7 Tahun 2021 permohonan pertukaran PPP Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah melalui Modul e-GTukar akan dibuka sepanjang tahun mulai 01 Januari 2022.
Syarat-Syarat Lulus EGTukar KPM
- Kementerian Pendidikan tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan.
- Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari Jabatan Pendidikan Negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari Jabatan Pendidikan Negeri yang diluluskan.
- Pembatalan permohonan boleh dilakukan oleh pemohon sebelum pengesahan permohonan oleh PGB / Ketua Jabatan.
- Sekiranya permohonan telah disahkan oleh PGB / Ketua Jabatan, pemohon perlu berhubung dengan JPN / PPD untuk tindakan pembatalan.
- Sebarang pindaan Alasan Permohonan, pemohon perlu membatalkan permohonan sedia ada dan perlu membuat permohonan baharu.
- Keputusan adalah MUKTAMAD. Permohonan pembatalan pertukaran setelah diluluskan tidak akan dipertimbangkan.
- Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian-bahagian yang berkenaan di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Permohonan dan Semakan EGTukar KPM 2022
Guru-guru boleh memohon untuk bertukar antara negeri atau daerah menggunakan pautan berikut:
Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran
- Guru baharu yang belum disahkan dalam perkhidmatan.
- Guru Interim yang sedang mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC).
- Guru lantikan kontrak (Contract of Service).
- Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / Separuh Gaji.
- Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar.
- Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
- Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
- Guru Cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.
- Pengetua / Guru Besar / Pengetua Cemerlang / Guru Besar Cemerlang yang sedang dalam tempoh pemangkuan jawatan tersebut.
- Guru yang baru bertukar ke daerah/negeri/bahagian, sekurang-kurangnya 36 bulan berkhidmat di negeri semasa.
Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Guru Besar untuk pengesahan.
Semua keterangan yang diberikan dalam borang ini hendaklah lengkap dan benar. Jika terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan dibatalkan.
Tarikh Keputusan EGTukar 2022
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].