Jom Ke Sekolah: Info dan Maklumat Berkaitan Program

Program Jom ke Sekolah merupakan salah satu usaha untuk menggalakkan murid datang belajar di sekolah. Penganjuran program ini juga diharapkan dapat meningkatkan peratusan kehadiran dengan mengelakkan murid-murid daripada kes ponteng.

Selain itu diharapkan juga agar dapat membantu mencegah murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan tingkah laku yang tidak bermoral di dalam dan luar sekolah. Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) boleh mengunjungi sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memberi nasihat dan bimbingan kepada murid-murid.

Program Jom ke Sekolah Bersama PDRM

Program ini adalah program kolaboratif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah laku di dalam atau di luar sekolah. Penglibatan polis dalam kawasan sekolah dianjurkan melalui pelantikan PPS.

Komitmen yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama PDRM membuktikan kesungguhan dan usaha kedua-dua pihak dalam menguatkuasakan penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku pelajar.

Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak diharapkan dapat mengurangkan kes salah laku yang melibatkan murid-murid. Dengan adanya PPS melalui program ini pastinya akan menjadi pendorong pembentukan sahsiah murid yang lebih positif.

Objektif Program Jom ke Sekolah

  • Mewujudkan jalinan mesra dan kerjasama yang lebih mantap antara pihak sekolah dan pihak Pegawai Perhubungan Sekolah.
  • Membantu proses pencegahan salah laku disiplin murid dan mengurangkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti tidak bermoral, jenayah serta kegiatan yang menyalahi undang-undang.
  • Pembugaran dan pelestarian penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah dianjurkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 KP(BPSH- SPDK)201/005/01/ Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010.

Kertas Kerja Program Jom ke Sekolah

Kertas kerja adalah salah satu daripada bentuk komunikasi bertulis. Oleh sebab itu kertas kerja bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-pihak tertentu. Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan.

Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan. Dalarn keadaan tertentu kertas kerja juga boleh dibentangkan kepada khalayak dalam bentuk lisan.

Namun begitu, komunikasi lisan tersebut hanya berperanan menyampaikan maklumat yang memang telah disediakan dalam kertas kerja tersebut atau dengan kata lain menerangkan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu. Apa yang lebih penting ialah hasil penulisan kenas kerja itu sendiri.

Teks Pengacara Majlis Program Jom ke Sekolah

Pegawai, guru atau murid yang dilantik secara rasmi yang bertanggungjawab untuk mengendalikan majlis, mengikut prosedur dan tentatif yang ditetapkan perlulah merujuk kepada skrip yang disetujui dan diselia di bawah arahan jawatankuasa protoko; / pengurus acara (floor manager).

Tidak sempurna rasanya majlis, aktiviti atau program sekiranya tiada Pengacara Majlis. Namun begitu, bukanlah sesuatu yang mudah untuk bertugas sebagai seorang Pengacara Majlis. Majlis atau program yang dilaksanakan ini dikategorikan kepada dua iaitu rasmi dan formal atau tidak rasmi/tidak formal. Beberapa sesi perbincangan dalam pasukan pelaksana majlis perlu diadakan bagi membolehkan persediaan rapi dapat dibuat.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!