Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Akibat Kebimbangan Penularan Covid-19

Surat Tidak Hadir ke Sekolah merupakan dokumen penting yang perlu diuruskan oleh ibu bapa atau penjaga. Pemakluman ketidakhadiran murid adalah evidens dan keperluan agar anak-anak tidak tersenarai dalam kelompok murid ponteng. Kadang kala berlaku sesuatu yang tidak diingini yang menyebabkan kita tidak dapat dapat menghantar atau membenarkan anak-anak ke sekolah.

Walaupun zaman kini banyak yang berubah, interaksi atau saluran maklumat telah melalui arus pemodenan, urusan persuratan masih kekal relevan dan menjadi rujukan utama. Lengkapkan dan simpan dokumen ini sebagai rujukan pada masa akan datang.

Baca juga: Panduan Penulisan Surat Kiriman Rasmi

Surat yang ditulis ini perlu dihantar kepada guru kelas atau guru yang berkenaan menggunakan pelbagai medium, sama ada emel, faksimili, Telegram, WhatsApp atau diserahkan terus kepada guru melalui anak jika tempoh ketidakhadiran tidak panjang.

Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah

Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Covid-19

Muat turun bahan berikut dan edit ikut kesesuaian, sama ada merujuk kepada kebimbangan penularan Covid-19, urusan keluarga, sakit demam, balik kampung dan lain-lain lagi.

Klik pautan ini untuk mendapatkan contoh: MUAT TURUN SEKARANG

Berikut disediakan contoh-contoh surat dengan format yang betul. Pengguna boleh muat turun dan memurnikannya mengikut keperluan masing-masing.

PERKARA PAUTAN MUAT TURUN
Contoh Surat Berhenti Kerja Akan dikemaskinikan
Contoh Surat Kebenaran Bekerja Akan dikemaskinikan
Contoh Surat Aduan Kerosakan Jalan MUAT TURUN
Contoh Surat Pengesahan Majikan MUAT TURUN
Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah MUAT TURUN
Contoh Surat Tunjuk SebabMUAT TURUN
Contoh Surat Balik Awal dari SekolahMUAT TURUN

Penyerahan surat ini merupakan dokumen ‘hitam putih’ yang boleh dijadikan evidens pada masa akan datang. Jadi, pastikan anda mengingati setiap butir kandungan yang ditulis. Semoga semua urusan dipermudahkan.

Format Surat Tidak Hadir ke Sekolah

1. Nama dan Alamat Pengirim

Kita perlulah meletakkan nama berserta alamat pengirim pada bahagian atas, bermula dari arah kiri. Pemulaan nama dan juga alamat pengirim yang ditulis perlulah menggunakan huruf besar.

Tanda koma (,) mesti diletakkan di hujung setiap baris, dan noktah mesti diletakkan pada penghujung alamat. Alamat yang ditulis perlu mengandungi perincian nombor premis/rumah, nombor jalan (jika ada), nama lokaliti berserta poskod, bandar, dan juga negeri.

Selepas itu, selang satu baris dan letakkan garisan panjang melintang di bawah alamat pengirim untuk membezakan alamat pengirim dan juga penerima.

Sekiranya anda sedang menyiapkan menguruskan dokumen rasmi bagi jabatan rasmi Kerajaan, kebiasaannya alamat tersebut telah sedia ada pada Letter Head.

Letter Head merupakan pengenalan kepada Kementerian / Jabatan / Organisasi / Agensi yang telah mengandungi alamat lengkap dan maklumat perhubungan yang lain seperti nombor telefon dan nombor faksimili untuk memudahkan urusan.

2. Nama, Jawatan, dan Alamat Penerima

Nama, jawatan serta alamat penerima surat tidak hadir ke sekolah ini perlu ditulis selang satu baris daripada garisan melintang yang telah dibuat selepas alamat pengirim.

Sama juga seperti nama dan alamat pengirim, nama, jawatan, dan alamat penerima juga perlu ditulis menggunakan huruf besar ada pemulaanya.

Tanda koma (,) mesti diletakkan di hujung setiap baris, dan noktah mesti diletakkan pada penghujung alamat. Alamat yang ditulis perlu mengandungi perincian nombor premis/rumah, nombor jalan (jika ada), nama lokaliti berserta poskod, bandar, dan juga negeri.

3. Tarikh:

Tarikh perlu ditulis sebaris dengan nama negeri pada bahagian alamat penerima di bahagian paling kanan. Nyatakan tarik surat tersebut ditulis. Tarikh mesti ditulis bermula hari bulan, bulan (dieja penuh dalam perkataan), dan juga tahun. Contohnya, 1 DISEMBER 2022.

4. Gelaran

Langkau sebaris daripada alamat penulisan butiran penerima untuk menulis gelaran. Penulis perlu kenal pasti gelaran yang sesuai untuk digunakan pada ruangan tersebut.

Contohnya gelaran Yang Berhormat (YB), Dato’ Seri, Dato’ atau Datin Seri atau Datin dan sebagainya. Jika penulis tidak punyai kepastian mengenai gelaran yang sesuai, boleh sahaja menggunakan gelaran umum iaitu Tuan/Puan. Letakkan tanda koma (,) pada hujung gelaran tersebut.

5. Perkara / Tajuk Surat

Tulis perkara selepas selang sebaris daripada gelaran yang diterangkan pada perkara 3. Perkara yang dimaksudkan ialah maklumat umum tujuan surat kiriman rasmi ini ditulis. Penulisan perkara ini terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.

Perkara ditekankan ini perlu digariskan untuk membezakan antara perkara dan isi kandungan surat yang ditulis. Jika menggunakan komputer, penulis boleh juga menebalkan tulisan (bold).

6. Isi Kandung Surat

Kandungan surat mestilah menjelaskan niat atau tujuan kirimannya. Isi kandungnya tidak perlu terlalu panjang atau meleret-leret. Susun isinya secara padat dalam beberapa perenggan. Perenggan yang dibina perlu dimulakan dengan nombor pada perenggan kedua dan seterusnya.

Biasanya, kandungan surat rasmi diakhiri dengan ucapan “Sekian, terima kasih.” Terdapat juga slogan atau motto yang diletakkan selepas ucapan penghargaan ini.

7. Tandangan, Nama dan Jawatan Pengirim

Pada akhir surat kiriman rasmi ini, pengirim perlu melengkapkan tandatangan pada bahagian kiri surat. Tandatangan ini perlu disertakan dengan nama penuh pengirim menggunakan huruf besar kesemuanya. Di bawah nama penuh pengirim, catatkan juga jawatan (jika ada) pada baris seterusnya.

Tambahan Sumber: Panduan Pengurusan (Kerajaan)

Semoga Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah di atas dapat membantu anda menulis dengan ringkas dan terbaik. Apa pun alasan yang diberikan, pastikan guru kelas mengetahui permasalahan yang dihadapi. Jangan terlalu berkira-kira untuk maklumkan kepada guru kelas pada waktu pagi untuk memudahkan urusan pengisian kehadiran murid dalam Sistem Kehadiran APDM.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!