Takwim Persekolahan 2022 dan 2033 telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui perkongsian kalendar akademik terkini. Bezanya tahun ini dengan tahun-tahun sebelumnya, sesi persekolahan ini dipecahkan kepada 3 penggal persekolahan.
Maklumat ini amat penting untuk guru-guru, murid dan juga ibu bapa dalam membuat persiapan dan persediaan pembukaan sekolah dan mengatur perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Guru-guru pastinya meluangkan banyak masa untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Rancangan Pengajaran Harian (RPH), Modul Pembelajaran dan juga lain-lain bahan yang berfungsi untuk membantu sesi pembelajaran nanti.
Takwim Persekolahan 2022 / 2023
Sebelum meneliti tarikh-tarik yang dipaparkan dalam kalendar akademik ini, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid perlulah mengetahui keberadaan sekolah, sama ada dalam kumpulan A atau kumpulan B.
KUMPULAN A: Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
KUMPULAN B: Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].
Sumber Rujukan: www.moe.gov.my/takwim