ePrestasi KPM kini lebih tersusun dan banyak membantu melancarkan proses penilaian kompetensi pegawai. Penilaian guru pada sebelum ini dilaksanakan menggunakan sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Bermula 2021, penilaian mula dibuat berdasarkan instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).
Laman web ini boleh dilayari oleh pihak yang terlibat sahaja, iaitu Jawatankuasa PBPPP dan Pegawai Penilai. Maklumat-maklumat yang berkaitan PBPPP dapat diperoleh melalui modul manual pengguna.
Baca juga : ePANGKAT: Permohonan dan Semakan Kenaikan Pangkat
Apa itu ePrestasi KPM?
Laman web ini dibangunkan oleh KPM ialah antara aplikasi yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikendalikan oleh Bahagian Sistem Maklumat Guru. Maklumat-maklumat ini pula akan digunakan oleh Unit Penilaian Kompetensi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.
Penilaian guru pada sebelum ini dilaksanakan menggunakan sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Bermula 2021, penilaian mula dibuat berdasarkan instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).
Eprestasi KPM Login
Jawatankuasa dan pegawai yang terlibat boleh log masuk ke dalam sistem online melalui pautan berikut: https://eprestasi.moe.gov.my/.
Apa itu PBPPP?
PBPPP bermaksud Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berfokus pada penilaian dan pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan.
Penilaian ini diambil kira berdasarkan gred dan jawatan, serta kepelbagaian tanggungjawab yang digalas oleh pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP). Berikut merupakan elemen yang terdapat dalam PBPPP.
- Kompetensi
- Potensi
- Keberhasilan
Gred, jawatan, bidang tugas dan tempat bertugas antara yang diambil kira untuk menilai pegawai. Penilaian ini juga diwujudkan melalui Anjakan 4, iaitu mengubah profession keguruan menjadi kerjaya pilihan berdasarkan kompetensi.
Melalui Anjakan 5 pula, kepemimpinan berprestasi tinggi untuk memperkukuhkan kriteria pemilihan, perancangan dan proses penggantian pengetua dan guru besar. Terdapat lima kelompok komponen berfungsi berdasarkan bidang:
PdP | Guru Akademik Biasa dan Pensyarah yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau institusi Pendidikan. |
PT (A) | Kepimpinan sekolah atau Institusi Pendidikan yang terlibat dalam pengurusan seta pengajaran dan pembelajaran. |
PT (B) | Pegawai di Bahagian KPM, Institusi Pendidikan, JPN dan PPD yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran tanpa pengajaran dan pembelajaran. |
Fasilitator | Guru Bimbingan dan Kaunseling, Kaunselor, SISC+, SIPartners+, dan Pegawai Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas. |
Jurulatih | Jurulatiti dalam bidang sukan dan seni di Sekolah Sukan dan Sekolah Seni. |
Penilaian ini kemudiannya akan dikemaskini ke dalam laman ePrestasi KPM oleh pegawai penilai.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].