Kali ini FLIP.MY menyajikan Contoh RPH TS25 dan Sekolah Amanah terkini yang sering menjadi carian guru-guru yang ingin mendapatkan bahan rujukan pelaksanaan sesi Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) di sekolah masing-masing.
Umum mengetahui aspek pembelajaran abad ke-21 ini merupakan rentetan pelaksanaan Program Sekolah Amanah yang dilihat berjaya membawa pembaharuan dalam suasana pembelajaran di sekolah.
Melalui kejayaan inilah, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyusun panduan pelaksanaan PAK-21 untuk digerakkan di semua sekolah. Melalui Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) pula, usaha pembaharuan ini semakin dilihat berhasil.
Pengenalan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Maksud RPH ialah Rancangan Pengajaran Harian yang merupakan dokumen atau rekod panduan dan pelaporan penting buat guru-guru dalam menyampaikan isi pembelajaran kepada murid-murid.
Akronim ini pastinya tidak lagi asing buat warga pendidikan. Sebelum bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran, guru-guru wajib menyediakan perancangan. (SPI Bil.3/1999)
Kehadiran guru yang senantiasa bersiap sedia dengan kaedah dan kandungan pembelajaran ini akan meningkatkan keyakinan murid-murid dan seterusnya dapat memotivasikan mereka. Kegagalan menyediakan rancangan pengajaran harian ini adalah satu kesalahan serius kerana RPH adalah dokumen atau rekod rasmi guru.
RPH ini akan disediakan berdasarkan kesesuaian dan keperluan murid melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017. Guru-guru perlulah menyusun atau membuat rangka perancangan pengajaran sendiri mengikut keperluan murid yang diajar.
Perincian dan Contoh RPH TS25
Pembelajaran Abad Ke-21 ini diterapkan ke semua sekolah dan pesat berkembang di sekolah-sekolah yang terlibat terus dengan Program Transformasi Sekolah 2025. Berikut merupakan antara kepentingan adanya perancangan sebelum bermula sesi PdP:
- Menentukan objektif pengajaran yang ingin dicapai.
- Memberi keyakinan kepada guru semasa berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran.
- Mengelakkan sebarang kekeliruan atau menyimpang daripada aspek yang perlu diajar.
- Memastikan isi pembelajaran yang disampaikan itu mencukupi dalam masa yang diperuntukkan.
- Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian dan kebolehan murid.
- Membuat pemilihan alat bantu mengajar yang yang bersesuaian.
- Merancang set induksi, aktiviti utama pengajaran dan pembelajaran, penutup dan alat penilaian.
- Mendorong guru untuk memaksimumkan penggunaan tempoh pengajaran secara optimum melalui kaedah atau strategi yang lebih tersususn dan bersistematik.
Contoh Kandungan RPH TS25
Berikut merupakan antara kandungan yang kebiasaannya dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian terkini:
- Mata Pelajaran
- Tarikh, Hari dan Masa
- Bidang Pembelajaran
- Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
- Kod Standard Pembelajaran
- Elemen Pembelajaran Koperatif / Kolaboratif
- Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
- Alat atau Bahan Bantu Belajar (BBB)
- Elemen Merentas Kurikulum
- Tahap dan Peta Pemikiran i-Think
- Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
- Tahap Penguasaan Murid
- Penilaian
- Refleksi
Artikel berkaitan : Beza antara Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
Contoh RPH: Kod Standard Pembelajaran (SP)
Standard Pembelajaran (SP) wajib merujuk kepada perincian dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi sekolah rendah yang dikeluarkan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK).
Bagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah, hanya SATU SP sahaja yang perlu ditulis bagi KSSR Tahun 1 sehingga Tahun 6. Penulisan SP pula adalah berbeza mengikut mata pelajaran yang diajar.
Selain mencatat kod standard pembelajaran, guru-guru juga amat digalakkan untuk menulis perincian atau pernyataan bagi SP yang telah dipilih. Berikut merupakan contoh penulisan kod dan penerangan standard pembelajaran:-
- 1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis dan kreatif dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.
Contoh Penulisan Refleksi dalam RPH TS25
Refleksi atau impak merujuk kepada pernyataan dapatan guru terhadap hasil pengajaran yang telah dilaksanakan setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran selesai.
Hasil refleksi yang tepat akan membantu guru membuat tindakan susulan terhadap murid-murid yang belum menguasai kemahiran dan belum mencapai objektif atau murid-murid yang memerlukan proses pengayaan.
Penulisan refleksi tidak semestinya sentiasa dalam bentuk angka sahaja. Guru-guru juga boleh menggunakan kata bilangan seperti semua, keseluruhan, sebahagian, sebilangan besar, separuh daripada bilangan, amat sedikit.
Contoh refleksi yang ditulis dalam RPH
- Sesi pengajaran dan pembelajaran hari ini berjaya mencapai objektif kerana sebilangan besar murid dapat menguasai kemahiran yang dipelajari.
- Terdapat 4 orang murid yang masih tidak menguasai kemahiran dan akan
dibimbing dengan bahan bantu yang sesuai.
Muat Turun Contoh RPH TS25
Contoh RPH / Format RPH Terkini 2022
- Contoh RPH Bahasa Melayu
- Contoh RPH Bahasa Inggeris
- Contoh RPH Bahasa Arab
- Contoh RPH Matematik
- Contoh RPH Sains
- Contoh RPH Pendidikan Islam
- Contoh RPH Pendidikan Moral
- Contoh RPH Pendidikan Muzik
- Contoh RPH Pendidikan Seni Visual
- Contoh RPH Sejarah
- Contoh RPH Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
- Contoh RPH Pendidikan Jasmani
- Contoh RPH Pendidikan Kesihatan
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].