FLIP.MY kali ini berkongsi cara buat resume yang ringkas, mudah dan terbaik dalam bahasa Melayu! Anda boleh menyediakannya menggunakan aplikasi atau perisian mudah seperti Microsoft Word atau Microsoft PowerPoint sahaja.
Ramai yang belum mengetahui, dengan perisian yang biasa-biasa sahaja, kita boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Tidak perlu lagi membelanjakan wang untuk mengupah seseorang menyediakan untuk anda, terus susun segala maklumat dengan pantas!
Seperti yang kita sedia maklum, dokumen sangat penting dalam permohonan kerja, jadi pastinya kali ini kami sangat teruja untuk berkongsi beberapa tip yang perlu anda pertimbangkan semasa menyediakan resume anda.
10 Tip dan Cara Buat Resume Terbaik
Di sini, kami menyediakan beberapa petua dan langkah-langkah yang perlu anda pertimbangkan semasa menyediakan dokumen yang bagus dan boleh memikat hati majikan.
- Pastikan tidak melebihi 2 halaman/muka surat.
- Reka bentuk resume menggunakan tetapan kertas bersaiz A4.
- Susunan maklumat dan grafik yang kemas, ringkas bermula gambar, latar belakang, tahap pendidikan, [engalaman kerja, pencapaian atau anugerah dan penyokong atau rujukan.
- Antara cara buat resume yang kelihatan profesional, pastikan menggunakan banyak warna.
- Menggunakan jenis tulisan yang kemas dan jelas.
- Bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Syarikat swasta lebih gemar pekerjanya berbahasa Inggeris kerana penguasaan bahasa ini dapat memberikan kelebihan kepada syarikat.
- Elakkan daripada memuatkan perkara yang tidak berkaitab dengan jawatan yang dipohon seperti hobi atau makanan kegemaran (contoh).
- Bahagian rujukan atau reference, boleh guna nama ketua jabatan, penasihat akademik, supervisor FYP ataupun pensyarah yang pernah mengajar anda. Tetapi pastikan anda memberitahu mereka tentang permohonan ini.
Setiap resume yang dihantar ini, pastikan disertai juga surat iringan (cover letter). Ini merupakan prosedur asas pengurusan dokumen rasmi. Tanpa surat iringan, anda mungkin dianggap kurang pengalaman dan prosesional.
Kami berharap tip ringkas dan mudah tentang cara membuat resume ini dapat memberikan anda pilihan yang ideal untuk menyiapkan resume terbaik dan dapat menarik perhatian majikan. Semoga impian anda tercapai untuk menjadi pekerja mereka.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].