Perkongsian tentang Bidang Pendidikan Islam ini adalah untuk membantu guru-guru menguruskan pembelajaran dengan lebih berkesan. Boleh rujuk Bahagian Pendidikan Islam KPM untuk mengetahui lanjut fungsi Pendidikan Islam. Sebagai seorang guru subjek ini, pengajar tersebut seharusnya:
- Mampu menghuraikan atau menerangkan perkembangan kurikulum.
- Berkeupayaan untuk menyatakan dengan terperinci kandungan kurikulum.
- Berkebolehan untuk menganalisis isu semasa yang berkaitan PAI di Malaysia.
- Memahami hubungan antara kurikulum dengan isu-isu semasa dalam PAI dengan merujuk kepada pelbagai sumber yang berkaitan.
Pendidikan Islam mempunyai kedudukan yang suci dan amat penting. Pembelajaran subjek ini menjadi bahagian pengajian yang menjadi ibadah yang besar buat guru dan anak didiknya. Kurikulum ini selalu menjadi tumpuan dan perhatian banyak pihak. Kurikulum yang berkualiti akan mampu mendidik generasi muda, mengembangkan bakat, potensi dan keterampilan mereka.
Bahan Berkaitan : Modul Pendidikan Islam
Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
Agama tidak memandang bidang pendidikan Islam dari ruang lingkup yang sempit. Sesi pengajaran dan pembelajaran subjek ini tidak terhad kepada hal-hal duniawi sahaja, namun merangkumi juga lapangan dunia dan akhirat. Pembelajaran ilmu agama telah membahagikan pengetahuan kepada dua kategori, iaitu:-
- Ilmu fardu ain yang dituntut ke atas setiap orang supaya mengetahui dan mempelajarinya dalam melaksanakan suruhan agama.
- Imu fardu kifayah iaitu ilmu yang mesti dipelajari dan diketahui oleh individu tertentu seperti ilmu pertukangan, kemahiran, perniagaan, kedoktoran, ekoonomi, kimia, fizik, pembuatan senjata dan sebagainya.
Namun begitu, fardhu kifayah ini menjadi fardu ain apabila tidak ada orang yang beragama Islam dalam masyarakat tersebut yang mempelajarinya.
Bidang Pendidikan Islam
Bidang dalam PAI terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu AlQuran, Jawi dan Ulum. Bahagian Ulum pula terbahagi kepada bidang hafazan, Ibadah, Sirah, tauhid, hadis dan juga adab.
- AlQuran
- Bacaan, hafazan dan tajwid.
- Jawi
- Ulum
- Terbahagi kepada bidang Ibadah, Sirah, tauhid, hadis dan juga adab.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].