Dapatkan Contoh RPH Transisi Tahun 1 2023 hasil perkongsian Cikgu Halizai. Program Transisi Tahun 1 ini dirangka dan dilaksana untuk membantu murid-murid menghadapi peralihan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan yang lebih formal dalam darjah satu.
Pada masa yang sama, program ini juga adalah untuk memastikan semua murid tahun 1 daripada kepelbagaian latar belakang, pengalaman dan sosioekonomi boleh memulakan proses pembelajaran pada satu tahap pencapaian yang hampir sama.
Objektif Transisi Tahun 1 2023
- Membantu murid-murid menghadapi peralihan daripada homeschooling atau tadika kepada pendidikan form darjah satu.
- Membantu murid-murid menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri dalam sesi pengajian seterusnya.
- Aspek sosio emosi, kognitif, dan jasmani dititikberatkan termasuk pengetahuan, kemahiran dan pembentukan nilai.
- Membina hubungan antara murid-murid dengan rakan sebaya serta guru-guru mereka.
- Bantu murid-murid menguruskan diri sendiri.
- Meningkatkan keyakinan dan membina sikap positif melalui interaksi sosial dan persediaan untuk melanjutkan sesi pembelajaran.
Pelan Tindakan Program Transisi Tahun 1 (PTTS)
1. | Mesyuarat Perancangan Pelaksanaan PTTS 2023 (Mesyuarat Kurikulum Dan Ko-Kurikulum Bil.1/2023) |
2. | Penubuhan Jawatankuasa PTTS dan Perancangan bilik darjah. |
3. | Terima senarai nama murid Tahun 1 |
4. | Pemilihan guru-guru Tahun 1. |
5. | Taklimat Guru PTTS |
6. | Taklimat PTTS secara bersemuka. |
7. | Menerima Kit PTTS 2023 |
8. | Merancang Jadual Pelaksanaan PTTS |
9. | Taklimat untuk Guru/Kakitangan/Ibu Bapa/Penjaga diadakan (Whatsapp) |
10. | Penyediaan bilik darjah. |
11. | Pendaftaran murid Tahun 1 2023/2024 |
12 | Penangguhan PTTS bagi sesi 2023 |
Dapatkan Contoh RPH Transisi Tahun 1 2023
Dalam menyiapkan murid supaya bersedia dengan persekitaran dan pembelajaran secara formal, pastinya kemahiran pedagogi dan juga bahan sokongan yang berkualiti diperlukan. Guru-guru boleh menggunakan bahan ini untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid tahun 1 di sekolah masing-masing.
Klik pautan di bawah untuk mendapatkan bahan:
Berikut pula merupakan bahan yang mengandungi pelbagai bentuk latihan dengan dilengkapi 4 tema terpilih yang bersesuaian dengan semua jenis latar belakang sekolah.
Modul ini merupakan bahan premium yang mengandungi lembaran kerja bagi 8 subjek utama, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Tema Transisi Tahun 1 2023
Bahan Program Transisi Tahun 1 2023
Pihak kami akan mengumpulkan bahan-bahan yang berkaitan daripada guru-guru berbakar seluruh Malaysia di halaman ini. Sekiranya guru-guru ingin menyumbang bahan, bolehlah menghubungi admin melalui emel yang dikongsikan di bawah.
- Buku Program Transisi Tahun 1
- Kit Program Transisi Tahun 1
- Modul Transisi Tahun 1 2023
- Contoh RPH Transisi Tahun 1
- Borang Soal Selidik Transisi Tahun 1
- RPH Lengkap Transisi 4 Minggu
Minda Cergas
Pemikiran positif ditunjukkan oleh keupayaan murid tahun 1 membina dan menggunakan kemahiran berfikir positif melalui kerja berkumpulan, membantu antara satu sama lain, dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti yang telah dirancang.
Pada masa yang sama, murid-murid diharap dapat meningkatkan rasa ingin tahu melalui aktiviti yang mencabar dan bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada.
Di samping itu, melalui aktiviti-aktiviti ini juga akan wujud proses komunikasi yang akan meningkatkan tahap keyakinan diri dalam kalangan murid-murid. Selain itu juga, program ini diharapkan dapat mengukuhkan pemupukan nilai-nilai murni yang sedia ada atau yang dibawa daripada pendidikan prasekolah.
Mata Bercahaya
Para peserta dapat dapat merasai kegembiraan untuk terus belajar bersama rakan baharu, suasana baharu, persekitaran baharu dan guru baharu. Dengan adanya aktiviti yang disediakan, semangat dan minat mereka akan bertambah dari semasa ke semasa tanpa mendatangkan sebarang masalah kepada pihak sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka.
Keadaan ini dapat dijelaskan oleh mata mereka yang sentiasa berkilauan dan apabila mereka meneruskan proses pembelajaran mereka semasa darjah 1.
Minda Cergas Mata Bercahaya |
Semoga dengan perkongsian bahan Modul Transisi Tahun 1 ini dapat membantu memudahkan urusan rakan-rakan guru tahun 1 di seluruh negara.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].