Sebelum ini kami kongsikan tentang ePrestasi KPM. Kali ini kami kongsikan tentang laman ePangkat. Melalui portal tersebut, guru atau anggota kumpulan pelaksana dapat membuat permohonan dan semakan berkaitan kenaikan pangkat secara dalam talian (online).
Bagi pengguna yang ingin membuat log masuk untuk pertama kali, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu ke dalam sistem. Dapatkan bantuan Guru Penolong Kanan Pentadbiran untu mendaftar. Setelah mendaftar, anda boleh membuat permohonan dan juga semakan sendiri.
Apa itu ePangkat KPM?
Laman aplikasi dalam talian yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Maklumat dan data dalam pangkalan ini akan memudahkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menguruskan kenaikan pangkat pegawai dan juga ahli kumpulan pelaksana.
Guru-guru perlu peka dengan maklumat perkhidmatan masing-masing. Buat catatan dan simpan segala dokumen yang berkaitan untuk memudahkan urusan kenaikan pangkat. Pengurusan kenaikan pangkat secara manual agak sulit. Dengan adanya aplikasi permohonan dan semakan ini, segala urusan menjadi lebih mudah.
Melalui laman ini, guru-kuru dan ahli kumpulan sokongan dapat menikmati fungsi-fungsi untuk:
- Menyemak maklumat peribadi dan juga maklumat perkhidmatan.
- Membuat permohonan pemangkuan atau kenaikan pangkat yang dipaparkan menerusi iklan.
- Menyemak status semasa syarat umum dan status permohonan semasa berdasarkan iklan yang dimohon.
Klik Pautan Login | Log Masuk
Guru-guru yang sedang memohon kenaikan pangkat dari DG41 atau 42 ke DG 44, DG48, DG52 dan DG54. Boleh log masuk ke dalam sistem Online melalui pautan berikut:
Artikel berkaitan: ePrestasi KPM PBPPP: eprestasi.moe.gov.my
Cara Isi Borang Permohonan dan Membuat Semakan
Antara pelayar web boleh digunakan untuk mengakses sistem ialah Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 6.XX ke atas.
- Klik pautan https://epangkat.moe.gov.my/login.php [KLIK].
- Hanya pengguna berdaftar dibenarkan untuk akses.
- Masukkan maklumat No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Klik butang Log Masuk.
- Pastikan nama, jawatan dan tempat bertugas betul.
- Klik pada modul Permohonan di ruang menu sebelah kiri paparan.
- Sub Modul Senarai Iklan. Sekiranya ada iklan yang sedang ditawarkan, calon boleh mengklik pada nama iklan untuk memohon. Sekiranya tiada, mesej ‘Harap Maaf! Tiada iklan yang terkini’ akan dipaparkan.
- Klik sub Modul Status Permohonan untuk melihat status semasa permohonan iklan pemangkuan/ kenaikan pangkat yang dimohon.
Sub Modul Semakan Syarat Umum
Sub modul ini membenarkan calon menyemak maklumat syarat-syarat umum pemangkuan/ kenaikan pangkat seperti berikut:
- Disahkan dalam perkhidmatan
- Laporan Nilaian Prestasi 3 Tahun Terakhir
- Lulus PTK (Sebelum 2010)
- Bebas dari tindakan tatatertib dan mahkamah
- Telah mengisytiharkan harta
- Lulus Tapisan Keutuhan SPRM
- Bebas dari status Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan
Rujuk pautan di bawah Muat turun borang-borang berkaitan:
- Muat Turun Borang TBBK bagi guru DG29 / DG41 / DG42 [Klik].
- Muat Turun Borang TBBK bagi guru DG32 / DG34 / DG44 / DG48 / DG52 [Klik].
Bahagian Kenaikan Pangkat KPM
Sekiranya terdapat sebarang masalah ketuka mengakses atau melayari portal kenaikan pangkat, sila hubungi pagawai bertugas melalui emel [email protected] dengan menyertakan maklumat berikut: –
- Nama:
- Nombor Kad Pengenalan:
- Jawatan:
- Tempat Bertugas:
- Masalah:
Selamat membuat permohonan secara online bagi guru-guru yang telah layak. Kepada guru yang telah selesai memohon, moga dipermudah urusan membuat semakan kenaikan pangkat nanti.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].