Latihan sifir 2 hingga 9 ini merupakan cabaran Matematik untuk murid-murid sekolah rendah. Sifir amat penting dalam operasi kira-kira. Sekiranya murid dapat hafal, banyak kelebihan dan keuntungan yang bakal diperolehi.
Kemahiran asas sifir sepatutnya bermula sejak murid berada di tahun 2. Hal ini kerana operasi darab dan bahagi asas juga sangat penting untuk menyelesaikan masalah lain dalam matematik. Contohnya seperti pecahan, perpuluhan, masa dan waktu, wang, sukatan dan geometri dan sebagainya.
Sekiranya murid tidak menguasai sifir, selain ketakutan pelajar terhadap mata pelajaran, guru-guru juga bimbang akan mempengaruhi penguasaan kemahiran matematik di peringkat yang lebih tinggi.
Latihan Sifir 2 Hingga 9
Berikut merupakan cabaran sifir yang dikongsikan oleh Cikgu Naseffa Nasir dari SK Sungai Ara. Klik untuk memulakan kuiz interaktif.
Cabaran Sifir 2 | Cabaran Sifir 3 | Cabaran Sifir 4 | Cabaran Sifir 5 |
Cabaran Sifir 6 | Cabaran Sifir 7 | Cabaran Sifir 8 | Cabaran Sifir 9 |
Peranan Ibu Bapa dalam Penguasaan Sifir
Terdapat pelbagai jenis platform dan buku pembelajaran digital mengenai kaedah penguasaan sifir dengan mudah. Antaranya, di laman rangkaian sosial seperti Youtube, murid mempunyai pelbagai kaedah dan strategi untuk menguasai sifir. Ibu bapa hanya perlu mengawasi dan mendorong anak mereka menguasainya.
Kerjasama guru dan ibu bapa juga sangat penting untuk menyokong perkembangan anak-anak dalam menguasai sifir. Ibu bapa boleh mendapatkan pendapat dan cadangan mengenai perkembangan anak-anak daripada guru. Info ini boleh dijadikan panduan untuk mengukuhkan lagi kemahiran belajar murid.
Ibu bapa juga harus menunjukkan minat untuk membantu anak menguasai sifir. Bantuan ini pastinya dapat mengatasi kegelisahan dan ketakutan anak-anak terhadap matematik. Berikan ruang dan masa yang sesuai, dan berikan pujian apabila mereka berjaya menguasainya.
Perhatian dan dorongan ibu bapa ini bukan sahaja dapat mendorong perkembangan pembelajaran dalam subjek matematik, tetapi juga dapat mendorong perkembangan pembelajaran mata pelajaran lain.
Antara cara lain adalah bermain. Dalam pendidikan Matematik, pembelajaran melalui permainan juga dapat mewujudkan suasana yang selesa dan menarik untuk belajar dan menguasai sifir. Contohnya, kotak sifir sesuai digunakan di dalam kelas dan dapat membantu murid menguasai sifir.
Latihan Matematik Mengikut Topik
Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menguruskan proses latih tubi kepada murid setelah sesuatu isi pembelajaran disampaikan. Sehubungan itu, guru perlu mempunyai kemampuan untuk merancang, melaksanakan dan menilai latihan yang diberikan.
Selain itu, guru juga perlu memberikan maklum balas dan refleksi yang berkesan kepada murid. Pengajaran dan pembelajaran mengikut topik dan kandungan buku teks amat penting untuk mengelakkan guru daripada tercicir topik yang perlu dipelajari murid. Berikut ialah pautan latihan topikal mengikut tahun.
- Latihan Matematik Tahun 1
- Latihan Matematik Tahun 2
- Latihan Matematik Tahun 3
- Latihan Matematik Tahun 4
- Latihan Matematik Tahun 5
- Latihan Matematik Tahun 6
- Latihan Sifir Sekolah Rendah
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].