Semakan Sekolah Khusus 2022 bagi murid-murid tingkatan 1 dan tingkatan 4 kini telah adalah bermula 15 Mac 2022.
Susulan pengumuman Menteri Kanan Pendidikan pada 15 April 2020 untuk membatalkan Ujian Penilaian UPSR dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Pihak KPM telah membangunkan satu kaedah baru sebagai proses pemilihan murid.
Mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pendidikan Melaysia (KPM) pada 22 Mei 2020 memutuskan:
- Pembangunan sistem aplikasi permohonan berdasarkan satu permohonan sahaja (single entry point).
- Kaedah pentaksiran berpusat diguna pakai untuk kemasukan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 di pusat pengajian yang terpilih.

Sebelum ini, calon-calon telahpun disaring melalui Ujian PKSK. Pentaksiran ini diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memilih murid-murid yang layak ke institusi pendidikan seperti di dalam senarai di bawah:-
Senarai Institusi Pendidikan | Pakej Mata Pelajaran yang ditawarkan |
---|---|
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) | 1. STEM (Sains Tulen) 2. STEM AGAMA (Sains Agama) 3. STEM TMUA (TMUA Sains) 4. SASTERA DAN KEMANUSIAAN (Sains Sosial) |
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) | 1. STEM AGAMA (Sains Agama) 2. STEM TMUA (TMUA Sains) 3. SASTERA DAN KEMANUSIAAN (Agama Ikhtisas) 4. SASTERA DAN KEMANUSIAAN TMUA (TMUA Ikhtisas) |
Sekolah Menengah Teknik (SMT) | Rujuk senarai kursus SMT |
Kolej Vokasional (KV) | Sekolah Menengah Teknik (KV) |
Maktab Tentera Diraja (MTD) | 1. STEM (Sains Tulen) 2. SASTERA DAN KEMANUSIAAN (Sains Sosial) |
Bacaan Lanjut: Permohonan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

Semakan Sekolah Khusus bagi murid-murid tingkatan 1 dan 4 boleh dibuat melalui pautan yang disediakan di bawah:-
Tingkatan 1 (SBP & SMKA) https://spskt1.moe.gov.my/ |
Tingkatan 4 (SBP, SMKA, SMT & MTD) / Tahun 1 SVM https://spskt4.moe.gov.my/ |
Tarikh Permohonan Rayuan Dibuka: 15-29 Mac 2022
Syarat Kemasukan
- Murid merupakan seorang Warganegara Malaysia;
- Telah mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia;
- Merupakan murid Tahun Enam (6) Tahun 2021:
- Berumur 12 tahun atau
- Lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010
- Murid Tingkatan Tiga (3) Tahun 2021:
- Berumur 15 tahun atau
- Lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007
Bacaan Lanjut: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
Jenis Institusi Pendidikan | Permohonan |
---|---|
Sekolah Berasrama penuh (SBP) | Tingkatan Satu (1) Tingkatan Empat (4) |
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) | Tingkatan Satu (1) Tingkatan Empat (4) |
Sekolah menengah teknik (SMT) | Tingkatan Empat (4) |
Kolej Vokasional (KV) | Tahun 1 KV |
Maktab Tentera Diraja (MTD) | Tingkatan Empat (4) |
Semoga pautan semakan sekolah khusus ini dapat memudahkan urusan ibu bapa dan calon yang membuat Permohonan Kemasukan Sesi 2022.
Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan
Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].