Semakan Keputusan MRSM 2022 : keputusan Permohonan Maktab Rendah Sains Mara

Semakan Keputusan MRSM 2033/2023 boleh dibuat pada hari Rabu, 9 Mac 2022 (Rabu). Ibu bapa dan calon yang memohon boleh membaca maklumat atau perincian berikut sebagai panduan dan persediaan.

60% pengambilan adalah daripada murid-murid keluarga B40 selain keutamaan kepada calon luar bandar dan miskin bandar.

Semakan Keputusan MRSM 2033/2023

Calon yang berjaya diterima masuk ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.

  • Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi Mara di www.mara.gov.my.

Pengesahan Penerimaan Tawaran ke MRSM

Pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh hari menerusi pautan dalam portal berkenaan. Calon yang tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh tersebut, tawaran berkenaan dianggap TERBATAL.

Rayuan secara dalam talian melalui pautan yang sama bermula 9 hingga 16 Mac 2022. Ibu bapa atau calon tidak perlu hadir secara fizikal. Sebarang pertukaran program dan penempatan MRSM adalah tidak dibenarkan.

Doa sama-sama agar keputusan tawaran SBP akan dimaklumkan segera supaya pelajar boleh membuat pilihan.

  • Klik save atau print SURAT TAWARAN untuk simpanan dan rujukan segera sekiranya permohonan anak berjaya.
  • Klik TERIMA TAWARAN segera. Jangan tunggu saat akhir untuk terima tawaran. Ini berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu yang mana terdapat ibu bapa yang terlupa untuk terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Sekiranya permohonan anak tidak berjaya.. Jangan risau. Nanti FLIP.MY akan kongsikan cara-cara untuk membuat rayuan. Tawakal dan berserah sahaja kepada Allah kerana Allah itu sebaik-baik perancang.

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

1 thought on “Semakan Keputusan MRSM 2022 : keputusan Permohonan Maktab Rendah Sains Mara”

Leave a Comment

error: Content is protected !!