RPT Bahasa Melayu Tingkatan 4 2022 / 2023 KSSM

RPT Bahasa Melayu Tingkatan 4 2022 / 2023 ini disusun menggunakan sukatan pelajaran terkini, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Semakan 2017. Bahan pelengkap persediaan mengajar ini adalah untuk kegunaan sesi persekolahan 2022/23.

Terima kasih buat guru-guru seluruh Malaysia yang tidak pernah lokek berkongsi bahan untuk memudahkan urusan guru-guru yang lain. Untuk bahan kali ini adalah perkongsian Teacher Rozayus.

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang disediakan ini mengandungi catatan ringkas mengenai kandungan pengajaran dan pembelajaran berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang disusun teliti oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muat Turun RPT Bahasa Melayu Tingkatan 4 2022/2023

Bahan yang disediakan ini adalah editable (boleh edit) yang boleh diubah kandungan menggunakan perisian Microsoft Word. Pastikan guru-guru menggunakan komputer untuk memuat turun dan menyunting bahan supaya urusan ini lebih mudah.

  1. RPT Bahasa Melayu Tingkatan 1 2022/2023
  2. RPT Bahasa Melayu Tingkatan 2 2022/2023
  3. RPT Bahasa Melayu Tingkatan 3 2022/2023
  4. RPT Bahasa Melayu Tingkatan 4 2022/2023
  5. RPT Bahasa Melayu Tingkatan 5 2022/2023

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan bahan:

Setelah memuat turun RPT ini, guru-guru bolehlah menyemak semula kandungan dan membuat perubahan sekiranya perlu. Seterusnya, cetak dan serahkan kepada ketua panitia untuk tujuan semakan dan akhir sekali hantar kepada pentadbir untuk tujuan pengesahan.

Berikut pula dilampirkan pautan bahan-bahan yang berkaitan. Sekiranya guru mengajar lebih daripada satu subjek, bolehlah meneruskan carian Rancangan Pengajaran Tahunan bagi subjek-subjek lain.

  1. RPT Bahasa Melayu 2022 KSSM
  2. RPT Asas Sains Komputer 2022 KSSM
  3. RPT Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan 2022 KSSM

Kandungan RPT Bahasa Melayu Tingkatan 4 2022 / 2023

Berikut pula dinyatakan secara terperinci kandungan dan ciri-ciri utaman perancangan pengajaran tahunan ini;-

  • Dirangka berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP);
  • Merangkumi perancangan sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun;
  • Diteliti dan diolah berdasarkan kondisi dan kesesuaian capaian sumber dan tahap pencapaian murid;
  • Disusun berdasarkan Takwim Persekolahan 2022/23 yang dikeluarkan oleh pihak KPM.
  • Dijadikan rujukan untuk merangka Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

RPT Bahasa Melayu Tingkatan 4 pada tahun 2022/23 dilihat lebih menitikberatkan aspek pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) berbanding penyusunan RPT pada tahun-tahun sebelumnya. Pihak kementerian juga begitu giat menjalankan kursus untuk guru sekolah bagi menjelaskan dasar pendidikan baharu ini.

Terkini, melalui program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Oleh itu, dapat dilihat sekiranya semua guru melakukan usaha bersepadu untuk menyokong setiap dasar yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, keperluannya amat tinggi.

RPT Bahasa Melayu Tingkatan 4 2022 - [FLIP.MY]

Kepentingan Penyediaan RPT Bahasa Melayu Tingkatan 4 2022

Antara kepentingan penyediaan perancangan tahunan adalah membolehkan guru-guru membuat perancangan rapi untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran selama tiga semester bermula tahun 2022.

Seperti mana yang telah kita ketahui, semua guru perlu merancang pengajaran mereka untuk memastikan keberkesanannya tercapai. Selain itu, guru-guru akan sentiasa fokus untuk meningkatkan pencapaian murid di samping mengurangkan wujudnya permasalahan semasa dalam proses pengajaran.

Persediaan mengajar, memerlukan perancangan dan persediaan yang bagus. Guru perlu merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran, termasuklah tempoh masa dan standard kandungan pembelajaran yang jelas, teliti dan lengkap. Persediaan yang teratur adalah kunci kejayaan sesi pengajaran guru.

Sekian sahaja perkongsian kali ini, semoga RPT Bahasa Melayu Tingkatan 4 2022 / 2023 ini bermanfaat kepada semua.

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!