KPM beri pilihan sekolah rendah, menengah jalankan PdPR

KULAI – Kementerian Pendidikan (KPM) kali ini memberi kebebasan kepada pihak sekolah rendah dan menengah untuk menentukan sama ada ingin menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atau sebaliknya sekiranya penularan kes Covid-19 pada tahap tinggi.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, kementerian kini memberi fokus kepada murid-murid yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Memang kita sudah beri pilihan kepada sekolah rendah dan menengah, Tingkatan Satu hingga Empat tidak perlu ke sekolah.

“Yang lain, mereka boleh buat PdPR dan sekolah rendah juga boleh memohon untuk mengadakan PdPR jika ada risiko penularan Covid-19. Kita sentiasa fleksibel dan menilai risiko dari masa ke masa,” katanya selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra 2 di sini pada Rabu.

Baca juga: Kadar Vaksinasi Murid di Sekolah-Sekolah Seluruh Malaysia

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pengoperasian sekolah dan tindakan KPM susulan peningkatan kes Covid-19.

Mohamad berkata, KPM telah menyediakan panduan prosedur operasi standard (SOP) kepada sekolah-sekolah untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku jangkitan penularan Covid-19.

“Garis panduan telah kita sediakan. Kementerian Kesihatan (KKM) atau Pejabat Kesihatan Daerah akan sentiasa bantu KPM dan sekiranya ada kes Covid-19 di sekolah, kita akan lapor dan mereka akan buat penilaian risiko.

“Kalau berlaku kes di asrama, KKM akan menilai sama ada perlu diteruskan atau tutup…Kalau sampai tahap (kes tinggi) kita akan tutup, jika belum kita ambil langkah meminimumkan risiko supaya tidak menular dengan lebih teruk. Keputusan yang kita ambil adalah berdasarkan kepada keselamatan murid dan guru di sekolah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!