Kit Transisi Tahun 1 2022 – Bahagian Perkembangan Kurikulum

FLIP.MY kini kongsikan Kit Transisi Tahun 1 2022 yang akan berlangsung selamat 4 minggu bermula 21 Mac 2022. Pelaksanaan program ini terbahagi kepada dua fasa untuk menyiapkan murid dengan kesediaan ketika berada dalam alam persekolahan formal.

Program transisi ini bukan satu program yang baru. Program ini telahpun dilaksanakan selama tiga bulan bermula tahun 2001. Namun pada tahun 2007, tempoh program telah disingkatkan kepada tiga minggu sahaja. Pada tahun 2021 pula, tempoh program ini dilaksanakan semula selama tiga bulan atas keperluan semasa. 

Kesediaan Murid Program Kit Transisi Tahun 1 2022

Penyesuaian Diri

  1. Dapat menunjukkan minat datang ke sekolah
  2. Dapat menguruskan diri sendiri
  3. Dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah
  4. Dapat mematuhi peraturan kelas
  5. Dapat berinteraksi dengan guru
  6. Dapat berinteraksi dengan rakan
  7. Dapat melaksanakan tugasan secara berdikari
  8. Dapat menjaga kebersihan diri

Sikap dalam Pembelajaran

  1. Dapat menunjuk minat dalam pembelajaran
  2. Dapat menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan
  3. Dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
  4. Dapat memberi perhatian yang baik

Perkembangan Kognitif

  1. Dapat mengenal dan menyebut huruf
  2. Dapat memegang pensil dengan cara yang betul
  3. Dapat menulis huruf
  4. Dapat membaca perkataan
  5. Dapat membaca frasa
  6. Dapat membaca ayat mudah
  7. Dapat mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 20
  8. Dapat menulis nombor
  9. Dapat memadankan angka dengan nama nombor
  10. Dapat menyelesaikan operasi tambah dalam Iingkungan 18
  11. Dapat mengecam, membeza dan mengelas seperti warna, bentuk dan objek

Muat Turun Kit Transisi Tahun 1 2022

Kit Transisi Tahun 1 2022
Kit Transisi Tahun 1 2.0 2022

Kit yang disusun oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum ini disediakan dalam format PDF. Guru-guru boleh memuat turun bahan menggunakan pautan yang disediakan di bawah:

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan bahan:

Dalam tempoh masa yang tinggal, pastinya guru-guru telah menyiapkan lebih 5-% persediaan untuk menerima murid baharu ini. Semoga Kit Transisi Tahun 1 2.0 dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak yang berkepentingan. 

Klik untuk mendapatkan bahan yang berkaitan:

  1. Kit Transisi Tahun 1 2022/2023
  2. Modul Transisi Tahun 1 4 Minggu
  3. Kertas Kerja Program Transisi Tahun 1
  4. Contoh Jadual Pelaksanaan Transisi Tahun 1

Muat Turun Modul Transisi Tahun 1 2022

Pasukan Inculkate telahpun menyusun dan menerbitkan modul untuk kegunaan sesi persekolah 2022/2023 yang mengandungi dokumen-dokumen yang berikut:

  1. Modul orientasi 
  2.  Modul mengikut tema
  3.  Modul latihan tambahan
  4.  Kertas kerja program transisi
  5.  RPH / Lesson Plan 

Modul yang disusun ini telah lengkap semua tema, dan sedia untuk didapati melalui pasaran dalam talian sejak Februari yang lalu. Guru-guru boleh ubah suai sekiranya berlaku perubahan minggu. 

Penerangan modul BM

  • Merangkumi modul BM, Matematik, Sains, Seni, Muzik, Kesihatan
  •  Latihan tambahan BM suku kata, ayat, latih tubi tambah Matematik hingga 18, latih tubi Sains perkenalan, Moral 

Penerangan modul BI

  •  Merangkumi modul BI, Matematik, Sains, Seni, Muzik, Kesihatan
  •  Latihan tambahan BI phonetic dan menulis ayat, latih tubi tambah Matematik hingga 18, latih tubi Sains perkenalan dan Moral. 

Perbezaan Modul BM & BI

  •  Latihan modul orientasi dan tema berlainan (bukan hanya translate) 
  •  Latih tubi bahasa yang berbeza (BM – suku kata, BI – phonetic) 
  •  RPH berbeza mengikut aktiviti modul

Persamaan Modul BM & BI

  •  Latih tubi Sains, Matematik dan Moral
  •  Kertas kerja yang sama

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Tag: Kit Transisi Tahun 1 KPM 2022/2023

Leave a Comment

error: Content is protected !!