Kertas Kerja Naik Taraf Surau Sekolah Untuk Kegunaan Murid

Kertas Kerja Naik Taraf Surau atau inovasi fizikal surau ini ialah perkongsian Cikgu Halimah dari Unit Kokurikulum SMK Ketari, Pahang. Seperti perkongsian-perkongsian sebelum ni, barisan admin FLIP.MY amat mengalu-alukan sebarang perkongsian bahan untuk dimanfaat bersama.

Ruang ini adalah rumah Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat Islam. Surau menjadi nadi utama bagi program-program keagamaan dan kemasyarakatan.

Di sini juga berlangsungnya ceramah-ceramah agama, program bina insan, program bacaan Yasin pada setiap hari Jumaat, program-program Solat Hajat, Amali Pengurusan Jenazah, Amali Haji dan Umrah dan lain-lain lagi. Ruang yang selesa adalah penting untuk mencapai objektif  program-program  yang dijalankan.

Baca Juga : Cara Kira dan Tebus Wang Tunai Ganjaran Cuti Rehat (GCR)

Pengenalan Kertas Kerja Naik Taraf Surau

Terdapat keperluan kepada ruang tambahan surau yang lebih selesa serta tambahan bumbung yang beroda untuk menampung kapasiti pelajar dan guru Islam. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak AJK Surau untuk mencari dana dan memperbaiki prasarana di surau.

Walau bagaimanapun, masih terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki , maka usaha menaik taraf surau perlu diteruskan lagi. Antara objektif naik taraf ini adalah:

  1. Mewujudkan satu tempat medan dakwah yang selesa bagi warga muslim .
  2. Mewujudkan tempat ibadah yang selesa dan lengkap dengan prasana yang diperlukan untuk sesebuah surau.
  3. Menjadikan kawasan yang selesa kepada warga muslim untuk mengadakan perbincangan, majlis ilmu, PdPc atau aktiviti kokurikulum.

Muat Turun Kertas Kerja Kejohanan E-SPORT

Dapatkan bahan berikut menggunakan butang pautan di bawah. Muat turun, semak dan sunting mengikut keperluan dan kesesuaian program di sekolah masing-masing. Pastikan kertas kerja yang dirangka ini disemak sebelum dihantar kepada pengetua / guru besar untuk tujuan pengesahan dan kelulusan.

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan bahan:

Selain kertas contoh kertas kerja program ini, guru-guru juga boleh menggunakan pautan di bawah untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan, seperti:-

  1. Kertas Kerja Penubuhan Kelab / Persatuan
  2. Kertas Kerja Naik Taraf Surau Sekolah
  3. Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar
  4. Kertas Kerja Program Motivasi
  5. Kertas Kerja Program Sekolah (TS25)
  6. Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform
  7. Kertas Kerja Program Gaya Hidup Sihat
  8. Kertas Kerja Program Khidmat Masyarakat
  9. Kertas Kerja Program e-Sukan
  10. Kertas Kerja Program Transisi Tahun 1
  11. Kertas Kerja Kejohanan E-SPORT / E-SUKAN

Penutup Kertas Kerja Naik Taraf Surau

Diharapkan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti yang telah dirancang mendapat sambutan yang baik dari semua pihak sama ada guru atau murid dan juga ibu bapa.

Kertas Kerja Naik taraf Surau Sekolah - [FLIP.MY]

Semoga usaha murni ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak.

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!