Kertas Kerja Kejohanan Merentas Desa 2022 Peringkat Sekolah

Kertas Kerja Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah ini ialah perkongsian Cikgu Anis dari Unit Kokurikulum SK Dato’ Kamaruddin. Seperti perkongsian-perkongsian sebelum ni, barisan admin FLIP.MY amat mengalu-alukan sebarang perkongsian bahan untuk dimanfaat bersama.

Acara atau Kejohanan Merentas Desa adalah salah satu acara wajib yang akan dijalankan di sekolah. Program merentas desa ini merupakan acara tahunan sekolah di yang amat mudah untuk mendapatkan markah PAJSK dan boleh disertai oleh semua murid. Program ini juga dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam sukan semasa mereka di bangku persekolahan.

Baca Juga : Cara Kiran dan Tebus Wang Tunai Ganjaran Cuti Rehat (GCR)

Pengenalan Kertas Kerja Kejohanan Merentas Desa

Kertas kerja ini dirangka untuk merealisasikan beberapa objektif yang realistik mengikut arus perkembangan teknologi dan sukan. Diharapkan aktiviti yang diadakan dapat memupuk bakat dan kemahiran murid dalam sukan.

Antara objektif penganjuran adalah:

  1. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan.
  2. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas.
  3. Memupuk semangat kerjasama dikalangan warga Sekolah Kebangsaan Dato’ Kamaruddin dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.
  4. Menambahkan ilmu pengetahuan murid dan warga Sekolah Kebangsaan Dato’ Kamaruddin tentang alam sekitar.
  5. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan serta semangat berjuang dalam kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan .
  6. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah.

Muat Turun Kertas Kerja Kejohanan Merentas Desa

Dapatkan bahan berikut menggunakan butang pautan di bawah. Muat turun, semak dan sunting mengikut keperluan dan kesesuaian program di sekolah masing-masing. Pastikan kertas kerja yang dirangka ini disemak sebelum dihantar kepada pengetua / guru besar untuk tujuan pengesahan dan kelulusan.

Selain kertas contoh kertas kerja program ini, guru-guru juga boleh menggunakan pautan di bawah untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan, seperti:-

  1. Kertas Kerja Penubuhan Kelab / Persatuan
  2. Kertas Kerja Naik Taraf Surau Sekolah
  3. Kertas Kerja Kejohanan Merentas Desa
  4. Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar
  5. Kertas Kerja Program Motivasi
  6. Kertas Kerja Program Sekolah (TS25)
  7. Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform
  8. Kertas Kerja Program Gaya Hidup Sihat
  9. Kertas Kerja Program Khidmat Masyarakat
  10. Kertas Kerja Program e-Sukan
  11. Kertas Kerja Program Transisi Tahun 1
  12. Kertas Kerja Kejohanan E-SPORT / E-SUKAN

Penutup Kertas Kerja Kejohanan Merentas Desa

Diharapkan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti yang telah dirancang mendapat sambutan yang baik dari semua pihak sama ada guru atau murid dan juga ibu bapa.

Semoga usaha murni ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak.

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!