Kertas Kerja dan Modul Transisi Tahun 1 2022

FLIP.MY kongsikan kertas kerja dan modul Transisi Tahun 1 bagi sesi 2022 / 2023 untuk rujukan guru-guru, murid dan juga ibu bapa yang akan melangkah ke alam persekolahan formal pada tahun ini.

Murid-murid tahun satu yang bakal berada di sekolah perlu maklum bahawa kita sekarang berada dalam norma baharu bagi tahun yang kedua. Disebabkan ini, rata-rata sekolah tidak dapat untuk melaksanakan perjumpaan atau taklimat secara bersemuka bagi mengekang wabak jangkitan Covid-19 berlaku di sekolah.

Oleh itu, kebanyakan sekolah telah melaksanakan taklimat secara Google Meet atau YouTube secara langsung. Tahniah kepada murid-murid tahun 1 bagi tahun 2022/2023 yang diterima belajar di sekolah pilihan masing-masing.

Muat Turun Kertas Kerja dan Modul Transisi Tahun 1 2022

Pasukan Inculkate telahpun menyusun dan menerbitkan modul untuk kegunaan sesi persekolah 2022/2023 yang mengandungi dokumen-dokumen yang berikut:

  1. Modul orientasi 
  2.  Modul mengikut tema
  3.  Modul latihan tambahan
  4.  Kertas kerja program transisi
  5.  RPH / Lesson Plan 

Modul yang disusun ini telah lengkap semua tema, dan sedia untuk didapati melalui pasaran dalam talian sejak Februari yang lalu. Guru-guru boleh ubah suai sekiranya berlaku perubahan minggu. 

Penerangan modul BM

  • Merangkumi modul BM, Matematik, Sains, Seni, Muzik, Kesihatan
  •  Latihan tambahan BM suku kata, ayat, latih tubi tambah Matematik hingga 18, latih tubi Sains perkenalan, Moral 

Penerangan modul BI

  •  Merangkumi modul BI, Matematik, Sains, Seni, Muzik, Kesihatan
  •  Latihan tambahan BI phonetic dan menulis ayat, latih tubi tambah Matematik hingga 18, latih tubi Sains perkenalan dan Moral. 

Perbezaan Modul BM & BI

  •  Latihan modul orientasi dan tema berlainan (bukan hanya translate) 
  •  Latih tubi bahasa yang berbeza (BM – suku kata, BI – phonetic) 
  •  RPH berbeza mengikut aktiviti modul

Persamaan Modul BM & BI

  • ┬áLatih tubi Sains, Matematik dan Moral
  • ┬áKertas kerja yang sama

Klik untuk mendapatkan bahan yang berkaitan:

  1. Kit Transisi Tahun 1 2022/2023
  2. Modul Transisi Tahun 1 4 Minggu
  3. Kertas Kerja Program Transisi Tahun 1
  4. Contoh Jadual Pelaksanaan Transisi Tahun 1

Rasional dan Objektif Program Transisi Tahun 1

Program ini merupakan rutin bagi setiap tahun bagi murid-murid yang baru melangkah ke alam pendidikan formal. Guru-guru tidak terus mengajar seperti biasa, namun pihak sekolah akan adakan satu program transisi untuk menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.

Anak-anak yang sebelum ni berada di rumah atau mereka sebelum ni belajar di sekolah swasta, tadika dan sebagainya. Apabila menjengah ke tahun 1, tiba-tiba mereka mereka perlu hadir ke sekolah dari pagi sehinggalah waktu tengah hari. Berjumpa pula dengan lebih ramai guru dan juga kawankawan.

Ini adalah suatu perkara yang baharu kepada mereka. Oleh sebab itu, bagi menyesuaikan diri mereka dengan keadaan baharu, sekolah-sekolah di bawah naungan Kementerian pendidikan Malaysia akan adakan program transisi supaya murid-murid ini seronok untuk datang ke sekolah.

Di samping itu juga, program transisi tahun 1 membuka ruang untuk murid berkenalan dengan guru dan rakan-rakan yang berada di dalam kelas. Di sini, murid-murid dilatih untuk meningkatkan keyakinan diri. Seterusnya, program ini juga dapat menyediakan murid dengan pengetahuan kemahiran dan nilai pembelajaran yang lebih meluas.

Melalui program ini, murid-murid akan mengenal pasti rakan sekelas mereka, berkenalan dengan guru-guru yang mengajar, mengenal kawasan sekolah dan menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan yang baharu.

Visi dan misi Pendidikan Kebangsaan

Untuk ibu bapa kepada murid-murid yang akan berada dalam program transisi tahun 1 ini, FLIP DOT MY juga ingin menerangkan serba sedikit berkaitan dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia yang penting untuk disebar luas kepada semua.

Visi pendidikan di Malaysia ialah “pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera.” Jadi, murid-murid yang belajar di sekolah-sekolah akan diberikan pendidikan yang paling berkualiti oleh guru-guru yang sangat kompeten dan berpelajaran tinggi.

Guru-guru yang bakal mengajar anak-anak ini telah menerima latihan di pusat-pusat latihan perguruan. Guru ini berlatar belakang pendidikan yang berbeza, ada yang menerima Diploma Pendidikan, Sarjana Muda dan ada juga yang telah memiliki Sarjana Pendidikan serta Kedoktoran dalam bidang pendidikan atau perguruan.

Misi pendidikan nasional pula adalah melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Visi dan misi KPM ini adalah untuk memastikan semua murid yang belajar di sekolah-sekolah KPM akan membangunkan potensi diri dengan bimbingan guru-guru bagi memenuhi aspirasi negara serta menjadi modal insan yang cemerlang.

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!