Jom tambah ilmu dengan mengenatui jenis-jenis dan irama syair. Tahukah anda syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab dan parsi.
Perkataan sy’ir berasal dari istilah Arab yang bererti puisi dan sha’r yang bermaksud penyair. Istilah ini berkembang ke seluruh Nusantara dalam berbagai bahasa.
Puisi Melayu tradisional bentuk syair telah diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri melalui Syair Burung Pungguk dan Syair Perahu sekitar abad ke-16 dengan tujuan mengembangkan agama Islam.
Syair terdiri daripada beberapa ciri, antaranya ialah syair
- Mempunyai empat baris serangkap
- Jumlah perkataan dalam baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan
- Jumlah suku kata bagi setiap baris ialah 8 hingga 12 suku kata
- Rima hujungnya pula sama iaitu a, a, a, a,
- Keempat-empat baris adalah kesatuan idea yang tidak boleh berdiri sendiri
- Dalam satu baris terdapat satu hentian yang ditandai dengan jeda
Jenis-Jenis Syair
Isi syair umumnya merupakan penceritaan yang panjang seperti kisah percintaan, keagamaan, falsafah, pengajaran, dan sebagainya.
Pada umumnya jenis syair adalah berdasarkan isi, tema, pemikiran, persoalan atau mesej yang hendak disampaikan. Contohnya ialah:
Bil | Jenis Syair |
---|---|
1. | Syair Cerita |
2. | Syair nasihat |
3. | Syair semangat patriotik |
4. | Syair cintai alam sekitar |
5. | Syair Kiasan |
6. | Syair Ilmu |

Cara-Cara Melagukan Syair
Syair-syair yang dinyatakan di atas ini boleh dilagukan dengan pelbagai irama seperti:
Bil | Irama Syair |
---|---|
1. | Irama syair selendang delima |
2. | Irama syair Siti Zubaidah |
3. | Irama syair dandan setia |
4. | Irama syair narasi |
5. | Syair Kiasan |
6. | Syair Ilmu |
Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan
Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].