Jadual Transisi Tahun 1 2022 Pelaksanaan Selama 4 Minggu

FLIP.MY kongsikan Jadual Transisi Tahun 1 bagi sesi 2022 / 2023 untuk rujukan guru-guru, murid dan juga ibu bapa yang akan melangkah ke alam persekolahan formal pada tahun ini.

Murid-murid tahun satu yang bakal berada di sekolah perlu maklum bahawa kita sekarang berada dalam norma baharu bagi tahun yang kedua. Disebabkan ini, rata-rata sekolah tidak dapat untuk melaksanakan perjumpaan atau taklimat secara bersemuka bagi mengekang wabak jangkitan Covid-19 berlaku di sekolah.

Oleh itu, kebanyakan sekolah telah melaksanakan taklimat secara Google Meet atau YouTube secara langsung. Tahniah kepada murid-murid tahun 1 bagi tahun 2022/2023 yang diterima belajar di sekolah pilihan masing-masing.

Muat Turun Contoh Jadual Transisi Tahun 1 2022

Bahan yang disediakan ini adalah editable (boleh edit) yang boleh diubah kandungan menggunakan perisian Microsoft Word. Pastikan guru-guru menggunakan komputer untuk memuat turun dan menyunting bahan supaya urusan ini lebih mudah.

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan bahan:

Jadual Transisi Tahun 1 2022 2023
Jadual Transisi Tahun 1 4 Minggu 2022 2023

Klik untuk mendapatkan bahan yang berkaitan:

  1. Kit Transisi Tahun 1 2022/2023
  2. Modul Transisi Tahun 1 4 Minggu
  3. Kertas Kerja Program Transisi Tahun 1
  4. Contoh Jadual Pelaksanaan Transisi Tahun 1

Rasional Penyusunan Jadual Transisi Tahun 1

Program ini merupakan rutin bagi setiap tahun bagi murid-murid yang baru melangkah ke alam pendidikan formal. Guru-guru tidak terus mengajar seperti biasa, namun pihak sekolah akan adakan satu program transisi untuk menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.

Anak-anak yang sebelum ni berada di rumah atau mereka sebelum ni belajar di sekolah swasta, tadika dan sebagainya. Apabila menjengah ke alam persekolahan formal, tiba-tiba mereka mereka perlu hadir ke sekolah dari pagi sehinggalah waktu tengah hari. Berjumpa pula dengan lebih ramai guru dan juga kawankawan.

Ini adalah suatu perkara yang baharu kepada mereka. Oleh sebab itu, bagi menyesuaikan diri mereka dengan keadaan baharu, sekolah-sekolah di bawah naungan Kementerian pendidikan Malaysia akan adakan program transisi supaya murid-murid ini seronok untuk datang ke sekolah.

Di samping itu juga, program transisi tahun 1 membuka ruang untuk murid berkenalan dengan guru dan rakan-rakan yang berada di dalam kelas. Di sini, murid-murid dilatih untuk meningkatkan keyakinan diri. Seterusnya, program ini juga dapat menyediakan murid dengan pengetahuan kemahiran dan nilai pembelajaran yang lebih meluas.

Melalui program ini, murid-murid akan mengenal pasti rakan sekelas mereka, berkenalan dengan guru-guru yang mengajar, mengenal kawasan sekolah dan menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan yang baharu.

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!