Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 Untuk Rujukan Kakitangan Kerajaan

FLIP DOT MY kongsikan maklumat Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 untuk rujukan semua kakitangan kerajaan.

Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2022 adalah ditetapkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1 (15) pada 8 Jun 2021: Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 – Tarikh Membayar Gaji dan surat rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(1) bertarikh 29 Oktober 2021: Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2022.

Apa itu gaji pokok?

Ini merujuk kepada gaji asas (basic). Ini merupakan jumlah yang tidak dikira dengan sebarang jumlah elaun, potongan atau caruman.

  • Gaji pokok: Gaji asas sahaja
  • Gaji kasar: Gaji asas + elaun (jika ada)
  • Gaji bersih: Gaji asas + elaun (jika ada) – potongan

Bolehkah gaji pokok dipotong? Jawapannya: Ya, boleh ditahan atau diturunkan dalam kes-kes tertentu (hukuman tatatertib). Menurut peraturan 38, pegawai-pegawai kerajaan boleh dikenakan hukuman-hukuman berikut sekiranya disabitkan dengan kesalahan:-

  1. Amaran
  2. Denda
  3. Lucut Hak Emolumen
  4. Tangguh Pergerakan atau Turun Tangga Gaji
  5. Turun Pangkat
  6. Buang Kerja

Semoga semua penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan bebas daripada pertuduhan tindakan tatatertib.

Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022

Berikut adalah jadual dan tarikh pembayaran bagi tahun 2022 untuk rujukan dan semakan penjawat awam atau kakitangan kerajaan seluruh negeri di Malaysia.

tarikh-gaji-penjawat-awam-2022

Gaji Penjawat Awam 2022

Berapa jumlah gaji yang dikenakan Cukai LHDN?

Berkerjalah dengan integriti yang tinggi, laksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab untuk menjaga keberkatan rezeki. Semua penjawat awam juga perlu membayar cukai pendapatan (bagi yang layak).

Tugas penjawat awam adalah daftar nombor cukai pendapatan, kemaskini maklumat dan buat laporan pendapatan tahunan berdasarkan gaji penjawat awam atau pendapatan perniagaan.

Murah Rezeki dengan Bersedekah

Ramai orang tidak tahu bahawa sedekah boleh menjemput rezeki yang melimpah ruah kepada si pemberi. Amalan berkongsi rezeki yang digalakkan oleh Islam ini bukan bermaksud mengurangkan wang kita, namun perbuatan ini dapat menambah kekayaan kita.

Bersedekah tanpa mengharapkan balasan. Pernahkah kita bertemu dengan pengemis yang ingin membelanjakan sedikit wang untuk makanan? Bagaimana kita bertindak balas? Berapa banyak yang kita hulurkan?

Jangan tunggu untuk jadi kaya raya untuk berkongsi pendapatan yang sedikit. Berilah semampunya. Ikhlaskan hati untuk beramal. Jadilah seikhlas mungkin.

Jangan sesekali saaat ketika kita bersedekah, tetapi dalam hati, terdetik berniat untuk membiarkan mereka yang meminta sedekah segera pergi. Atau berasa keliru dan mengeluh apabila memberi sejumlah wang. Atau bersedekah untuk terlihat mulia di pandangan manusia.

Apabila memberi, jangan gunakan ayat yang menyakitkan hati penerima. Sebagai contoh. “Gunakan wang untuk perkara yang baik, jangan membazir.”

Walaupun niat tersebut adalah baik, namun kita dilarang sama sekali untuk melukakan hati penerima. Tindakan ini mungkin akan menyebabkan pemberian kita itu bukan lagi sedekah. Merugikan, bukan?

Doa Untuk Murah Rezeki

Jangan lupa berdoa sepanjang masa, tatkala melakukan apa juga kerja. Setiap perbuatan yang disertai dengan doa pasti akan diredhai Allah SWT.

Solat dan doa adalah fitrah manusia. Hanya dengan berdoa, segala permintaan dapat didengarinya. Jadilah insan beriman, jangan sesekali sombong untuk mendah tangan dan panjatkan doa.

Sebelum memulakan kerja, berdoalah memohon keberkatan Gaji Penjawat Awam 2022 dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat untuk diri sendiri dan juga keluarga.

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!