Divider RPH 2022 2023 Kumpulan A dan Kumpulan B

Divider RPH 2022 2023 Kumpulan A dan Kumpulan B ini merupakan pembahagi mingguan mengikut takwim dan minggu persekolahan KPM yang disediakan oleh Cikgu Wan Azlina Wan Othman.

Bahan ini adalah kegunaan sesi persekolahan 2022/2023. Guru-guru boleh menggunakannya untuk kemaskini rancangan pengajaran harian masing-masing secara mingguan.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ialah terjemahan rancangan pengajaran tahunan dengan catatan maklumat sesi pengajaran dan pembelajaran seperti objektif pembelajaran, aktiviti pembelajaran, dan catatan impak atau keberkesanan setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Baca juga: Contoh RPH TS25 dan PAK21

Maklumat ini boleh dibaca dan dilihat secara terperinci melalui SURAT PEKELILING Ikhtisas Bil. 3 / 1999 mengenai Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Arahan ini telahpun berkuat kuasa sejak 9 Mac 1999 dan diguna pakai sehingga kini.

Pembahagi Minggu Persekolahan 2022/2023

Sekolah yang berada di negeri-negeri Kumpulan A adalah mereka yang memulakan sesi persekolahan pada hari Ahad. Empat buat negeri yang dikelompokkan dalam Kumpulan A ialah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.

Divider RPH 2022 Kumpulan A
Pembahagi Minggu Persekolahan Kumpulan A

Sekolah yang berada di negeri-negeri Kumpulan B ialah mereka yang memulakan sesi persekolahan pada hari Isnin. Sekolah-sekolah berada di negeri seperti Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

Muat Turun Divider RPH 2022/2023

Bahan yang disediakan ini adalah dalam format Portable Document Format (PDF) yang boleh diubah kandungannya menggunakan perisian Acrobat Pro DC. Pastikan guru-guru menggunakan komputer untuk memuat turun dan mencetak bahan supaya urusan ini lebih mudah.

Sekiranya cikgu-cikgu perlu menyediakan Fail Rekod Persediaan Mengajar atau Fail RPH, guru boleh menggunakan Pembahagi RPH 2022 atau Divider RPH 2022 2023 Kumpulan A dan Kumpulan B ini untuk menyusun bahan sepanjang tahun sepanjang tahun itu mengikut minggu.

Ini membolehkan rancangan mengajar setiap minggu dapat dirujuk dengan lebih cepat dan disemak dengan lebih mudah oleh pihak pentadbir.

RPT 2022 2023 - [FLIP.MY]

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

1 thought on “Divider RPH 2022 2023 Kumpulan A dan Kumpulan B”

Leave a Comment

error: Content is protected !!