Contoh Kertas Kerja Pelbagai Program dengan Format Terkini

Himpunan Contoh Kertas Kerja ini adalah perkongsian guru-guru dari seluruh Malaysia. Seperti perkongsian-perkongsian sebelum ni, barisan admin FLIP.MY amat mengalu-alukan sebarang perkongsian bahan untuk dimanfaat bersama.

Apa itu kertas kerja? FLIP.MY akan terangkan satu persatu daripada umum kepada mendalam, cara-cara untuk menulis kertas kerja yang bagus dan lengkap. Definisi dan konsep kertas kerja ini adalah merupakan cadangan awal sesuatu aktiviti atau program yang ingin dilaksanakan oleh sesuatu pihak.

Baca Juga : Cara Kiran dan Tebus Wang Tunai Ganjaran Cuti Rehat (GCR)

Pengenalan Kertas Kerja

Kertas kerja ini merupakan komunikasi yang bertulis untuk menyampaikan idea tentang program yang ingin dilaksanakan kepada pihak tertentu. Selain itu, dokumen ini juga perlu dibentangkan untuk mendapatkan kelulusan atau melancarkan urusan seperti perancangan program dan permohonan belanjawan.

Terdapat banyak jenis penulisannya, sebagai contohnya jenis-jenis kertas kerja program homeroom, penganjuran pertandingan, dan program lawatan. Dalam penulisan kertas kerja terdapat maklumatmaklumat penting yang perlu dimasukkan ataupun di tulis sebelum dianggap lengkap dan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk dipertimbangkan. Antaranya adalah

  • Tajuk
  • Latar belakang
  • Objektif
  • Butiran aktiviti
  • Penyertaan kumpulan ataupun kumpulan Sasaran
  • Aturcara program
  • Kewangan
  • Penutup
  • Maklumat Kelulusan

Muat Turun Contoh Kertas Kerja Pelbagai Program

Dapatkan bahan berikut menggunakan butang pautan di bawah. Muat turun, semak dan sunting mengikut keperluan dan kesesuaian program di sekolah masing-masing. Pastikan kertas kerja yang dirangka ini disemak sebelum dihantar kepada pengetua / guru besar untuk tujuan pengesahan dan kelulusan.

Selain kertas contoh kertas kerja program ini, guru-guru juga boleh menggunakan pautan di bawah untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan, seperti:-

  1. Kertas Kerja Penubuhan Kelab / Persatuan
  2. Kertas Kerja Naik Taraf Surau Sekolah
  3. Kertas Kerja Kejohanan Merentas Desa
  4. Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar
  5. Kertas Kerja Program Motivasi
  6. Kertas Kerja Program Sekolah (TS25)
  7. Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform
  8. Kertas Kerja Program Gaya Hidup Sihat
  9. Kertas Kerja Program Khidmat Masyarakat
  10. Kertas Kerja Program e-Sukan
  11. Kertas Kerja Program Transisi Tahun 1
  12. Kertas Kerja Kejohanan E-SPORT / E-SUKAN

Penutup Contoh Kertas Kerja

Diharapkan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti yang telah dirancang mendapat sambutan yang baik dari semua pihak sama ada guru atau murid dan juga ibu bapa.

Semoga usaha murni ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak.

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Contoh Kertas Kerja

Leave a Comment

error: Content is protected !!