Buku Teks Sejarah Tahun 6 KSSR Semakan Versi Digital PDF

Muat turun dan simpan Buku Teks Sejarah Tahun 6 KSSR Semakan ini ke dalam folder subjek pembelajaran masing-masing. FLIP.MY kongsikannya dalam satu halaman bersama aliran yang lain. Melalui halaman ini, guru-guru dan murid boleh dapatkan Jilid 1 dan Jilid 2. Klik muat turun dan simpan bahan digital ini untuk rujukan ketika sesi pembelajaran berlangsung. Jadi, murid tidak perlu muat turun berulang kali.

Kurikulum baharu melalui KSSR Semakan ini disusun berdasarkan enam tunjang utama, iaitu Perkembangan Fizikal dan Estetika; Kerohanian, Komunikasi; Sikap dan Nilai; Keterampilan Diri; Kemanusiaan; serta Sains dan Teknologi

Enam elemen ni adalah domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan digabungkan dengan pemikiran kritis dan kreatif serta inovasi. Integrasi ini bertujuan untuk mengembangkan modal insan yang terbilang.

Muat Turun Buku Teks Sejarah Tahun 6

Buku teks versi digital merupakan hasil dari kepesatan perkembangan teknologi yang mampu menyediakan buku dengan lebih cepat, kos yang lebih murah, dan kualiti yang lebih tinggi. Guru-guru, murid dan ibu bapa boleh memuat turun jilid satu dan jilid dua melalui pautan di bawah:-

Senarai Buku Teks Sejarah KSSR Semakan mengikut tahun:

Buku Teks Sekolah Rendah

No.AliranMuat Turun (SK)
1Tahun 1Muat Turun
2Tahun 2Muat Turun
3Tahun 3Muat Turun
4Tahun 4Muat Turun
5Tahun 5Muat Turun
6Tahun 6 Muat Turun

Manfaat Penggunaan Buku Teks Versi Digital

Setiap kali berlakunya perubahan silibus atau tambah kandungan kurikulum, kerajaan Malaysia pastinya terpaksa membelanjakan kos yang besar. Beratus-ratus juta ringgit akan dikeluarkan untuk memastikan semua murid dapat menggunakan bahan rujukan utama kurikulum sekolah ini.

Sememangnya polisi kerajaan terkini untuk memberikan secara percuma melalui kaedah pinjaman; Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Melalui skim ini, semua murid di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibekalkan Buku Teks Sejarah Tahun 6 tanpa mengira status keluarga mereka. Sekiranya semua beralih kepada versi digital, kos-kos percetakan, penerbitan, pengedaran dan lain-lain kos sampingan dapat dihapuskan.

Penggunaan bahan digital dapat memudahkan pengurusan murid dan ibu bapa. Murid tidak perlu lagi menggalas beg yang berat dan buku ini dapat diakses melalui peranti ringan sahaja. Tiada isu buku teks tertinggal dan sebagainya.

Buku Teks Sejarah Tahun 6 (KSSR Semakan 2017)
No.Mata PelajaranMuat Turun
1Bahasa Melayu KSSR Semakan Muat Turun
2Bahasa Inggeris KSSR Semakan Muat Turun
3Matematik KSSR Semakan Muat Turun
4SejarahMuat Turun
5Sains KSSR Semakan Muat Turun
6Pendidikan Islam Muat Turun
7Pendidikan Moral Muat Turun
8Bahasa Arab Muat Turun
9Pendidikan Jasmani Muat Turun
10Pendidikan Kesihatan Muat Turun
11Reka Bentuk dan Teknologi Muat Turun
12Pendidikan Muzik Muat Turun
13Pendidikan Seni Visual Muat Turun
14Bahasa Cina Muat Turun
15Bahasa Semai Muat Turun
16Bahasa Iban Muat Turun
17Bahasa Tamil Muat Turun
18Bahasa Kadazandusun Muat Turun

Murid yang sedang berada dalam alam persekolahan ketika ini adalah kelompok “Digital Natives”. Mereka ini dibesarkan dengan kehidupan komputer, gajet, peranti, internet dan media sosial. Bagi menyesuaikan diri murid dengan teknologi pembelajaran abad ke-21 yang berkesan, Kementerian juga harus mempertimbangkan bahan pembelajatan yang seimbang dengan keperluan zaman.

Penggunaan Buku Teks Sejarah Tahun 6 Versi Digital membolehkan konsep pembelajaran interaktif diterapkan. Bahan pembelajaran bercetak bersifat tetap, kandungannya sukar diubah-ubah. Namun dengan penggunaan versi digital, pelbagai pautan dan animasi dapat dibenamkan dan diakses dengan mudah.

Dokumen Standard dan Prestasi | DSKP 🔥

Rancangan Pengajaran Tahunan 2022/2023 | RPT 🔥

Kuiz dan Latihan Sejarah KSSR Sekolah Rendah | RPT 🔥

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!